Rabu, 4 Jun 2014

SOTONG BERSOS MADU

share dari link fb ~1001 Idea Masakan & Makanan


SOTONG BERSOS MADU
Resepi: ain@my-sweetthots.blogspot.com

1/2kg sotong dibersihkan & dicelur sebentar, toskan airnya
3-4 ulas bawang putih - cincang
3 sudu makan sos tiram
1 sudu makan madu - boleh ganti dgn gula kalau xde tp kurangkan sedikit
1/3 cawan air
Sedikit jus lemon/limau nipis
Daun bawang - dihiris
1-2 tangkai cili kering - jika ingin pedas

Ambil 3/4 bhgn dr bwg putih yang dicincang, goreng hingga kekuningan dan ketepikan.
Campur bhn sos - sos tiram, madu & air.
Tumis baki bwg putih hingga wangi. Boleh masukkan cili kering jika ingin sedikit pedas. Masukkan sotong & goreng sebentar (I prefer sotong tu garing sedikit). Masuk bahan sos & sedikit je garam utk lebih umpphh sbb sos tiram dah masin masak hingga kuah nampak sedikit likat. Masukkan jus lemon & daun bwg yg dihiris dan masak lagi 1-2 minit. Semasa menghidang, taburkan bwg putih yg digoreng tadi. Yang ni xde stok daun bwg, togel je kurang seri.


blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/   


Tiada ulasan:

Catat Ulasan