Khamis, 26 Jun 2014

Selamat Datang wahai Ramadhan

share dari link fb ~Akhi Yusri Idham

~ In love with ALLAH S.W.T ~ 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....ya antum semua yang dikasihi ALLAH.....


“SELAMAT DATANG BULAN yang akan membersihkan kami, bulan yang didalamnya semuanya baik, puasa pada siang harinya dan bangun malamnya, sedekah dalam bulan ini sama dengan membiayai perjuangan jihad fisabilillah” [ Sayidina Umar Ibnu Khattab (ra) ]

Gembira dan rindu serta terharunya hati orang-orang soleh menunggu kedatangan Ramadhan dengan penuh debar kerana mereka masih lagi berpeluang menghirup udara Ramadhan yang penuh berkat. Betapakah mereka tidak gembira, kerana bulan yang mulia ini datang hanya sekali dalam setahun. Didalamnya mengandungi berbagai-bagai kelebihan jika dibandingan dengan bulan-bulan yang lain. Sabda Nabi (saw) yang bermaksud:

“Rejab adalah bulan umatku dan kelebihannya dari lain-lain bulan bagaikan kelebihan umatku dari umat yang lain dan Syaaban adalah bulanku dan kelebihannya terhadap lain-lain bulan bagaikan kelebihanku atas lain-lain Nabi. Dan Ramadhan adalah bulan ALLAH dan kelebihannya terhadap lain-lain bulan adalah bagaikan kelebihan ALLAH terhadap makhlukNYA”

Bulan Ramadhan juga bulan yang dirindukan kerana setiap amalan yang dilakukan didalam bulan ini akan dilipat gandakan pahalanya oleh ALLAH (saw). Sesungguhnya syurga telah diperhias tiap tahun ketika masuk bulan Ramadhan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Nama saya SYA'BAN, saya ingin mengingatkan anda bahawa jiran saya RAMADHAN akan datang mengunjung anda tidak lama lagi, bersama isterinya REZEKI dan 2 anaknya SAHUR dan IFTAAR.
Mereka ditemani 3 cucunya RAHMAT, KEAMPUNAN dan BARAKAH. Mereka akan pulang selepas 30 hari dengan pesawat AIDIL FITRI airlines..
Hargai mereka, dan anda mendapat KEMENANGAN, KEBERKATAN dan BERSYUKUR.."




blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan