Jumaat, 20 Jun 2014

Garam Kembalikan Keserian Seterika




Garam Kembalikan Keserian Seterika

Pernahkah anda mengalami keadaan dimana, ketika menseterika baju, tiba-tiba seterika anda meninggalkan kesan hitam yang akhirnya melekat pada pakaian. Adakah anda pernah tertanya-tanya bagaimana caranya untuk mengatasi masalah bahagian bawah seterika yang hangus. Berikut adalah cara yang cepat dan mudah.

Bahan yang anda perlukan adalah beberapa sudu besar garam. Apa-apa jenis garam boleh digunakan. Caranya ialah dengan hidupkan seterika pada kepanasan sederhana. Apabila seterika mulai menjadi panas, letakkan garam dan gosok sehingga kesan hitam yang melekat pada permukaan seterika itu hilang. Matikan seterika, dan biarkan ia sejuk sepenuhnya, dan lap plat bawah dengan kain lembap.
Mudah dan senang. Selamat mencuba. 

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/  






Tiada ulasan:

Catat Ulasan