share dari link fb ~Naema Rahman
Walnut Brownies Chocolate Cheese Cake
Hujan-hujan ni makan time pepanas, tak gitu Farah? Kikiki
Bahan-bahan:
250g butter
3 biji telur
1/2 cawan susu cair
1 1/2 cawan gula castor
1 1/2 cawan tepung
1 cawan serbuk koko
1 sudu kecil soda bikarbonate
1 sudu kecil esen vanilla
Kacang walnut yang dipanggang dan dicincang
Topping:
250 gm cream cheese
1/2 cawan gula castor
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara:
1. Cairkan butter sampai cair, kalau tak cairkan jugak. Hahaha, okay bila dah cair tu campurkan serbuk koko tadi pastu kacau rata. Siap! Eh .. bolom laie. Pukul telur dan gula kasi sebati, nak pakai mixer boleh nak handwisk pun boleh. Jangan pakai tangan sudah karang sampai besok tak siap keknya. Hihi.
2. Dah siap masukkan susu cair, esen vanilla, gaul lagi pastu baru masukkan tepung dan soda bikarbonate. Kalau boleh ayak lah, kalau aku dah sah-sah pemalas bab-bab mengayak ni. Kikiki.
3. Untuk adunan dah siap! Panaskan oven 170C. Masukkan adunan tadi dalam loyang petak yang kuih talam mak kita tu, taburkan segala jenis kacang yang ada. haaa .. lapiskan dengan kertas minyak nanti karang senang nak keluarkan kek. Masak jangan lelama, lebih kurang 20 minit pastu nanti keluarkan balik.
4. Yang ini untuk topping atas pulak. Masukkan cream cheese pukul bertalu-talu guna pemutar, jangan pakai sudu karang tak gebu cheesenya muscle yang tumbuh. Hihi, dah kembang baru lerr masukkan gula dan telur tadi tambah esen vanilla sikit.
5. Tuang topping cream cheese tadi atas kek yang udah dikeluarkan tadi, pastu bakar balik dalam 15 minit, bergantung pada keluasan dan kelebaran oven memasing. Agak-agak dah kuning keemasan tu masak lah tu, kalau coklat perang kira hangit lah tu. Hihihi .
6. Corak atas tu, tinggalkan sikit adunan coklat tadi, masuk dalam beg plastik air macam kita minum at sekolah dolu-dolu tu .. haaa pastu gunting sikit tang bucu dan paipkan atas cheese tadi. Ikut kome lah nak design ghope apa. Hihi
blog saya
satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan