Sabtu, 28 Jun 2014

Himpunan Kisah Sufi - Bandar Mati..

share dari link fb ~Zonkuliah

Dalam suatu perjalanan melintasi hutan belantara, Ibrahim bin Adham terserempak dengan seorang askar yang sedang tersesat jalan. 

"Tuan, boleh tunjukkan saya jalan ke bandar?" tanya askar itu kepada Ibrahim. 

"Boleh." jawab Ibrahim sambil menunjukkan suatu arah kepada si askar. Lalu askar tersebut berjalan mengikuti arah yang ditunjuk oleh Ibrahim. Setelah berjalan beberapa lama ternyata yang dijumpainya bukan bandar tapi tanah perkuburan. 

"Kurang ajar orang itu." kata askar dalam hatinya. Dia terus berbalik ke belakang dan mengejar Ibrahim bin Adham yang masih berada tidak berapa jauh dari situ. Setelah dapat memintasnya, askar itu memegang leher Ibrahim lalu dipukulnya hingga kepala Ibrahim tercedera. 

"Kamu bohong. Saya tanya bandar, tapi kamu tunjukkan kubur." kata askar itu sambil mengikat Ibrahim lalu diheretnya hingga sampai ke bandar yang sebenar. 

"Wahai askar! Itu sultan Ibrahim, mengapa engkau heret demikian rupa?" tanya orang yang melihatnya. 

"Dia telah menunjukkan aku jalan yang salah. Aku tanya bandar dia menunjukkan kuburan." kata askar itu. 

"Bandar itu ialah kawasan yang ramai penduduknya dan semakin bertambah. Penduduk tanah perkuburan itu bertambah dari hari ke sehari, tapi penduduk bandar sendiri berkurangan jika ada orang mati." kata Ibrahim membela diri. 

Setelah difikir-fikirkan, betul juga. Ramai penghuni bandar dan kampung yang berhijrah ke tanah perkuburan sehingga penduduknya menjadi ramai. 

"Bukankah tanah perkuburan itu merupakan sebuah bandar yang sedang berkembang?" kata Ibrahim lagi. 

Si askar terperanjat, lalu digosok-gosok matanya. Ternyata orang yang sedang diseksanya itu memang Ibrahim bin Adham si wali Allah. Ketika itu juga dia menundukkan badannya dan meminta maaf atas perbuatannya yang terlalu gelojoh itu. Ibrahim tidak marah, malah sebaliknya dia sangat gembira dan berterima kasih kepada si askar yang telah membelasahnya. 

"Lantaran engkau telah mengasari diriku, aku telah mendapat pahala. Oleh kerana itu aku berdoa kepada Allah supaya engkau dijadikan sebagai penghuni syurga kerana telah berjasa kepada diriku." kata Ibrahim.

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan