Ahad, 8 Jun 2014

DI MANA DIA DI HATIKU?


DI MANA DIA DI HATIKU?

share dari link fb ~Think what is good for you.

ALLAH ciptakan manusia hanya dgn satu hati. Di sanalah sewajarnya cinta ALLAH bersemi. Jika cinta ALLAH bersinar, sirnalah segala cinta yg lain. Tetapi jika sebaliknya, cinta selain-NYA yg ada di situ, maka cinta ALLAH akan terpinggir. Ketika itu tiada DIA di hatiku!

"Bila ALLAH ada di hatimu, kau seolah-olah memiliki segalanya. Itulah kekayaan, ketenangan dan kebahagiaan yg hakiki"

Kata-kata itu sangat menghantui diriku. Ia menyebabkan aku berfikir, merenung dan bermenung, apakah ALLAH menjadi tumpuan dlm hidupku? Apakah yg aku fikir, rasa dan lakukan serta laksanakan sentiasa merujuk kpdNYA? Bila bertembung antara kehendakNYA dgn kehendakku, kehendak siapa yg aku dahulukan? Sanggupkah aku menyayangi hanya keranaNYA? Tegakah aku membenci juga keranaNYA?

Muhasabah ini melebar lagi. Lalu aku tanyakan pd diri, bagaimana sikapku terhadap hukum-hakamMU? Sudahkah aku melawan nafsu utk patuh dan melakukan segala yg wajib sekalipun perit dan sakit ketika melaksanakannya? Sudahkah aku meninggalkan segala haram walaupun kelihatan indah dan seronok ketika ingin melakukannya? 

Soalan-soalan ini sesungguhnya telah menimbulkan lebih banyak persoalan. Bukan akal yg menjawabnya, tetapi rasa hati yg amat dalam. Aku tidak dapat mendustaiMU ya ALLAH. Dan aku juga tidak dapat mendustai diriku sendiri.

Aku teringat bagaimana suatu ketika seorng sufi diajukan dgn satu soalan, "Apakah engkau takutkan ALLAH?"

Dia menangis dan menjawab, "Aku serba salah utk menjawab ya atau tidak. Jika aku katakan tidak, aku akan menjadi seorang yg kufur. Sebaliknya jika aku katakan ya, aku terasa menjadi seorang munafik. Sikapku amat berbeza dgn kata-kata. Orang yg takutkan ALLAH bergetar hatinya bila mendengar ayat-ayat ALLAH tapi aku tidak....."

Maksudnya, jika seorng sufi yg hatinya begitu hampir dgn ALLAH pun sukar bila ditanyakan apakah ada DIA di hatinya, lebih-lebihlah aku yg hina dan berdosa ini. Di hatiku masih ada dua cinta yg bergolak dan berbolak-balik. Antara cinta ALLAH dan cinta dunia sedang berperang dgn begitu hebat dan dahsyat sekali.

Kalau kau tanyakan aku, " Adakah DIA di hatiku?"

Aku hanya mampu menjawab, " Aku seorng insan yg sedang bermujahadah agar ada DIA di hatiku. Aku belum sampai ke tahap mencintaiNYA tetapi aku yakin aku telah memulakan langkah utk mencintaiNYA."

Justeru, kerana belum ada DIA di hatiku, hidupku belum bahagia, belum tenang dan belum sejahtera. Aku akan terus mencari. Aku yakin ALLAH itu dekat, pintu keampunanNYA lebih luas drp pintu kemurkaanNYA. Selangkah aku mendekat, seribu langkah DIA merapat. Dan akhirnya, aku yakin...suatu hari nanti, akan ada DIA di hatiku dan di hatimu jua...Dan kita akan terus mengemis kasih...

Dipetik drp : Buku DI MANA DIA DI HATIKU?

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan