Jumaat, 20 Jun 2014

RESEPI BEBOLA IKAN/ FISH BALL:

share dari link fb ~Mamak Haji

RESEPI BEBOLA IKAN/ FISH BALL:

bahan-bahan:
- 500gm isi ikan tenggiri /spanish makerels.

- 1 sudu kecil garam.
- 1/2 kecil serbuk lada putih.
- 1 sudu kecil baking powder.
- 1 sudu besar tepung jagung di cairkan dengan 1 sudu air.
cara-cara:
1. Dapatkan ikan tenggiri dalam seekor, ikan isi putih seperti ikan merah juga boleh digunakan.Porong bahagian kepala dan ekor. Simpan dan gunakan untuk masak kari. Isi ikan dipotong asingkan dari tulang tenagh (dua keping). Ambil sudu dan keruk semua daging dari kulitnya. Tulang tengah ikan jangan buang. Simpam untuk buat sup ikan yang lazat. Cincang isi ikan sehingga tidak ada ketulan lagi.

2. Jadikan seperti doh bulat..hempas dan hempas (slam) doh ikan sekurang-kurangnya dalam 30-40 kali. Ini dilakukan untuk mengentalkan bebola ikan dengan mampatkan isi ikan dan juga hindarkan udara yang terperangkap.

3. Dalam pada itu cairkan tepung jagung dengan sedikit air dan tuangkan dalam doh isi ikan..masukan baking powder, serbuk lada dan garam. Sebatikan semua bahan itu dengan doh ikan. Anda akan dapat satu doh yang kilat permukaan.
4. Didihkan air dalam bekas, sediakan juga air ais untuk rendam bebola ikan apabila dikeluarkan dari rebusan.

5. Buat bebola ikut saiz kesukaan anda dan masukkan dalam air mendidih. Bila bebola ikan anda timbul dan terapung di permukaan air menunjukkan ia telah masak. Jangan terlalu lama mendidihkan- bebola ikan jadi kental dan liat. Keluarkan masukkan dalam bekas ais yang telah sediakan. Selamat mencuba.




blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan