Ahad, 8 Jun 2014

Resepi Taufu fah .

1. kacang soya
2.kacang soya yang telah direndam dlm 4 jam dan sedia tuk dikisar..
3. ini dia serbuk GDL ada jual kat bakery... tuk keraskan soya
4. dalam bekas tahan panas bekas nasi ...campuran air , serbuk GDL dan tepung jagung..sentiasa dikacau supaya sebati
5. Nila cara tuang soya dlm bekas tahan panas ni — withaqila hanis.
6. setelah dituang kesemuanya..nampakkan buih2 ni ...boleh la dibuang guna sudu...supaya hasilnya cantik
7. setelah itu tutup permukaan guna kain dulu barulah tutup guna penutup
Ini la hasilnya!
alhamdulillah kepingan nya pun tak hancur...
Ha yang ni siap dituangkan air gula melaka
Selamat mencuba...

shared Tahrunnisah Jali's status wall fb.


Resepi Taufu fah . taufu fah yang dihasilkan ni boleh dinikmati dlm 6 orang... taufu fah ni hanya bertahan sehari je ye.. kita mulakan dgn ucapan bismmillah semoga hsilnya menjadi sperti mana yang kita mau..

150gm kacang soya
1200 ml air
2 helai daun pandan disimpul
1/2 sudu kecil serbuk GDL (boleh didapati di kedai jual bahan kek)* Dlina Bakeri
1 1/2 sudu besar tepung jagung*
1/4 cawan air masak*
kain muslin atau kain tuk perah n hampas kacang soya tak terkeluar
bekas tahan panas (bekas nasi)


Caranya
1. bersihkan kacang soya..kemudian rendam kacang soya (terendam) selama 3@4 jam sahaja...jika lama takut hasil jadi masam


2. dalam tempoh ni kalau ada kulit kacang soya terapung boleh la dibuang...tos kan kacang soya dlm pengetos...


3. dan kisar kacang soya dalam blender menggunakan air 800 ml air dahulu tadi... kisar biar kacang hancur


4. kemudian masukkan adunan tadi dlm kain muslin dan perah dlm periuk... perah shingga kering... lebihan air yang ada tadi masukkan balik dlm kain muslin yang berisi kacang soya dan perah lagi...

5. rebus kacang soya dan daun pandan sehingga mendidih .. masa merebus ni sentiasa kacau supaya ia tak berkerak di bawah...

6. sementara tunggu air soya masak.. campurkan serbuk GDL , tepung jagung dan air masak..kacau sebati.. tuang dlm bekas yang tahan panas seperti termos nasi atau bekas tahan panas.. nampak campuran GDL, tpg jagung tadi mendap sentiasa kacau2 atau gerak2 bekas tadi..

7. Sekarang... nampak soya mendidih (buang guna sudu jika ada lapisan pada air soya)angkat terus supaya ia tak meruap kluar...nak tapis dulu pun boleh tuk buang serdak2 yang ada... dlm bekas yang ada campuran GDL dan tpg jagung (gerak2 bekas supaya campuran ni tak mendap) curah air soya macam teh tarik dalam bekas tahan panas tadi... buat sampai habis...Jangan kacau! nampak berbuih permukaan soya tadi buang guna sudu



8.tutup dgn kain dulu permukaan bekas dan baru ditutup dgn penutup..dalam 1/2-1 jam dah keras....boleh la dituangkan dgn air gula atau air gula melaka
  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
(info tambahan ~~ سار ينا Nisah ... ni infonya)

GDL atau Sekko

Ramai yang tidak mengetahui Sekko yang dikenali dengan nama Gypsum atau 'Calcium Sulfate Dihydrate' merupakan bahan yang digunakan dalam industri pembinaan dalam pembuatan simen, celling, drywall dan plaster rumah. Mesti ramai yang terperanjat, namun itulah kenyataan sebenar.

Walaubagaimanapun, penggunaan yang sedikit di dalam taufufah tidaklah menjejaskan kesihatan. Namun pemakanan yang kerap dan berlebihan boleh memberi kesan negatif pada kesihatan jangka panjang terutamanya pada buah pinggang anda.

Jangan risau kerana ada pengantinya iaitu GDL. GDL (Glucono Delta Lactone) dihasilkan daripada buah-buahan melalui proses 'fermentation'. Namun harga GDL yang lebih mahal membuatkan ramai peniaga taufufah menggunakan Sekko. GDL menghasilkan Tafufauh yang lebih cantik, licin dan halus. 

Di dalam panduan lengkap ini anda diberikan kedua-dua resepi samada menggunakan GDL atau Sekko. Kedua-dua bahan iaitu GDL dan Sekko akan dibekalkan untuk anda melihat sendiri perbezaan diantara kedua-dua bahan ini.


blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/  

2 ulasan: