Rabu, 11 Jun 2014

Khasiat Kantan

share dari link fb ~Bernama Radio24
 
Khasiat Kantan 

1. Menghilangkan bau badan

-Ambil beberapa batang pokok kantan segar, potong batangnya pendek-pendek dan ditumbuk hingga lumat. Rebus hingga mendidih dan biarkannya sejuk. Air rebusan tersebut bolehlah digunakan untuk mandi. 

2. Awet muda 

-Dengan memakan bunga kantan akan membuatkan kita akan awet muda.

3. Sakit telinga

- Bunga kantan dikatakan boleh digunakan untuk menghilangkan masalah ini. Caranya ialah dengan merebus buah kantan selama beberapa minit. Selepas airnya disejukkan, titikkan air tersebut ke dalam telinga. Dikatakan jika diamalkan selalu, bukan sahaja setakat melegakan kesakitan akibat bengkak, malah mampu mengatasi masalah telinga berair.

4. Menguatkan tenaga batin lelaki 

- Buahnya yang masak boleh digunakan untuk membantu meningkatkan tenaga batin dengan cara merebus buahnya yang masak dan meminum air rebusannya dan pastikan bertanya kepada pakar atau pengamal perubatan tradisional terlebih dahulu sebelum meminumnya kerana tanpa sukatan yang betul badan anda akan terasa kepanasan dan mungkin menimbulkan masalah lain.

5. Luka 

- Anda bolehlah merebus daun kantan. Air rebusan daun yang masih suam dikatakan boleh digunakan sebagai air pencuci luka dengan cara melumurkannya ke seluruh bahagian luka. 

P/S Selamat mencuba 

#petua#mentariminda#bernamaradio24

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan