Sabtu, 21 Jun 2014

Walnut Butterscotch Cake ..

share dari link fb ~Naema Rahman

Pepetang ni layan Walnut Butterscotch Cake ..
ayamooo sodap ehh 

Bahan-bahan:

5 biji telur
150 gm tepung 
150 gm gula halus
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar ovallette
80 ml susu segar
80 ml mentega yang dah dicairkan

Topping:
1 cawan NON-DRY whipping cream (tak kisah apa-apa jenama janji yang NON-DRY)
250 gm cream cheese
Kacang Walnut atau seangkatan dengan kacang. Hihi *Panggang sesiap.

Sos Butterscotch:
1 cawan gula perang
6 sudu besar mentega
1/2 whipping cream

Cara-cara:

1. Memula sekali mestilah sediakan tempat nak buat adunan kan, tak gitu? Haha. Okay masukkan tepung, gula, serbuk penaik, ovallette, esen vanilla dan telur dalam bekas dan pukul guna mesin pemutar jangan guna kayu rotan memurid pulak ye? Hihi, sampai adunan kembang gebus.

2. Dah kembang, gebus dan sebati boleh lah masukkan susu dan mentega yang dah dicairkan. Pukul lagi sampai sebati. Okayy beress! Bakar dalam oven 160C selama 30-40 minit bergantung besar oven. Semakin besar sesebuah oven, semakin kurang daya kepanasannya. Hahaha, kemain lagi hipotesis kau! Dulu sekolah suruh buat hipotesis kemain benggap lagi! Hahaha

3. Okay, ni untuk buat topping pulak. Macam biasa, putar cream cheese sampai kembang dah tak berketul. Dalam bekas lain, masukkan whipping cream dalam bowl mixer dan putarkan dengan kelajuan yang sederhana sampai jadi kental, nak tahu kental ke tak? Tonggengkan. Pastu campurkan dengan cream cheese tadi, gaulkan rata. Siap!

4. Yang ini untuk sos butterscotch pulak. Masukkan gula perang dan mentega ke dalam periuk dan masak atas api yang sederhana sampai gula melarut.
tambahkan whipping cream pastu kacau rata, masak hingga pekat. Jangan menyambil tengok wassap karang hangit! Hahaha .. Sejukkan sos tadi.

5. Tang ni dah siap semua. Macam biasa bahagikan kek pada 3 bahagian. Kalau tanak bahagikan pun ikut suka kome lah! Hahah .. atas kepingan kek yang dah dipotong tadi sapukan sikit sos butterscotch tadi, pastu sapukan cream topping sama rata dan tabur sikit kacang walnut yang dah dipanggang dan dicincang. Haaaa .. ulang lah sampai habis. Letih ler nak ulang step kedua. Hahaha.

6. Dah siap sapu keseluruhan kek, pastu tuang balance sos butterscotch tadi atas kek yang dah licin tu. Sejukkan dulu sos tu, kalau pepanas tuang mauu lebur kek kawan. Hahaha. Siappp!

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan