Ahad, 29 Jun 2014

RAMADHAN KAREEM


shared Bicara Hidayah'sstatus.


RAMADHAN KAREEM

Bila Ramadhan tiba sambutlah dengan sujud syukur... tanda terima kasih pada Allah kerana memilih kita untuk terus beribadah di bulan yang mulia ini.

Bila bertemu dengan ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai @ sesiapa sahaja ucapkanlah "Ramadhan Kareem" dan orang yang mendengar menjawab "Allahu Akram"... Maksudnya "Ramadhan Mulia" dan jawapannya, "Allah lebih Mulia" ...


Sambutlah Ramadhan ini dengan wajah yang berseri-seri tanda kegembiraan yang tidak terhingga dan berazam untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan selalu berbicara dengan Allah walau dalam hati. Contohnya, "Ya Allah aku berpuasa ya Allah ... terimalah puasaku ini .. aku berpuasa hanya untukMu Ya Allah."

Hiaslah rumah kita sebaik-baiknya dengan bersih dan cantik kerana terlalu banyak rahmat yang Allah hendak berikan di bulan yang mulia ini.

Moga Ramadhan ini lebih baik dari Ramadhan yang telah lalu ... hiasilah diri dengan amalan dan taqwa.

Ramadhan Kareem buat semua ... 


_________
Shared By Bicara Hidayah
Kredit: Ustazah Norhafizah di IKIM

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan