Isnin, 30 Jun 2014

Dark choclate tart with ginger crust

share dari link fb ~Ezani (Masterchef Malaysia)

Dark choclate tart with ginger crust

Crust:
260g biskut digestives (lebih kurang 20 keping) ataupun boleh gunakan biskut Gingernut/Gingersnap (jika guna biskut ini tak perlu tambah serbuk halia dan gula)
2 1/2 sude kecil serbuk halia
3 sudu besar gula perang
125g mentega, dicairkan

Filling:
2 cawan krim (fresh cream/whipping cream)
200g coklat hitam (dark chocolate)
2 biji telur
Secubit garam

Cara-cara:
1) Panaskan ketuhar ke 160 ° C. Kisar biskut dalam food processor bersama gula perang dan serbuk halia sehingga halus . Tambah mentega cair dan proses sehingga menjadi tekstur seperti pasir lembap. Tuang ke dalam acuan pembakar tart berdiameter 12 inci diameter dengan bahagian bawah yang boleh tanggal, ratakan dan tekankan ke dasar dan sisinya. Letakkan di atas dulang pembakar.
2) untuk filling, panaskan krim dalam periuk di atas api sederhana rendah, sehingga ia berbuih sedikit di tepi. Angkat dari api dan tambahkan coklat dan kacau hingga cair sebati.Tambah garam. Masukkan telur ke dalam campuran coklat, kacau sehingga benar-benar sebati. Tuang inti ke dalam kulit tart dan bakar 15 hingga 20 minit sehingga inti set (tidak gegar bila loyang digoyangkan) dan permukaan adalah berkilat. Jika anda melihat apa-apa buih atau rekahan terbentuk pada permukaan, keluarkan tart segera kerana ia menandakan tart sudah terlebih dibakar. Biarkan sejuk sebelum mengeluarkan dari loyang. Bila dihidang, boleh ditabur dengan serbuk koko. Enak dimakan setelah disimpan di dalam peti sejuk.

** untuk variasi, saya juga gunakan coklat putih sebagai filling. Anda juga boleh buat effect marble atau drizzle dengan 1/8 adunan filling menggunakan coklat putih

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan