Puding Roti Tembikai (Watermelon Jelly)
Oleh:Feeya Cakes Cookies
bahan2nya:
1 paket agar agar tali (20gm)
1 liter air (1000ml)
1 cawan gula
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat manis
3 keping roti putih (buang kulit tepi)
2 sudu besar mentega
1 sudu kecil esen vanila
perwarna hijau dan merah
cara menyediakan:
rebus agar2 hingga cair,masukan gula,kacau hingga gula cair,masukkan pula susu cair,susu manis,esen,dan mentega,kacau sebati,tutup api,masukan roti putih dan 3cawan agar2 panas tadi kedalam blender,kisar hingga roti halus,tuang semula kedalam periuk rebusan agar2 tadi,kacau sebati,kalau mengunakan loyang,ambil sesenduk letak perwarna hijau dan tuang kedalam loyang,biar beku sedikit sahaja tuang pula 2 senduk agar2 putih(tak perlu letak perwarna),biar beku sedikit baru tuang baki agar yang telah di warnakan merah,biar beku sedikit baru tabur bijan hitam atau cincangan cincau untuk dijadikan serupa biji tembikai.(kalau guna acuan seperti pada gambar,warna merah dulu baru warna putih dan hijau yg akhir)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan