Jumaat, 15 November 2013

... cuba sahaja untuk duduk sebentar berfikirlah sejenak

share dari link fb ~Akhi Tinta Khalifah
 
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

... cuba sahaja untuk duduk sebentar
berfikirlah sejenak

memohon pada Allah untuk segalanya
dengan doa yang berterusan
agar ikhlas hati dan jiwa yang sepi

.. di petang yang tenang
di atas sejadah yang dibentang
tersedu sedan menyendiri
mengadu pada yang Maha Mengasihi

. betapa naifnya diri ini
andainya hidup tanpa ingatan padaMu
urat nadi seakan hampa
andai masih terus lalai dan leka

ku pasrahkan segala-galanya
keluh dan kesah yang di rasa
sesak dada menangis pilu
saat terurai dosa-dosaku

dihadapanMu ku tiada ertinya
sedang diri penuh noda
titis airmata tak lagi dibendung
deras bak hujan di gurun sahara
agar hati yang tandus dan gersang
menjamah redha dalam tenteram

hanya Engkau yang tahu siapa diriku
tetapkanlah nurani di dalam qalbu
sucikanlah diriku dari sendu
sirnalah dunia di ufuk waktu

"berdoalah pada DIA Yang Maha Esa...
kerana doa itu senjata bagi orang mukmin"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan