Datang seorang anak murid kepada gurunya dan meluahkan akan masalahnya.
Dia berkata: Wahai Habib, saya ada seorang kawan, sering kali saya mengajaknya dan menasihatinya untuk ke majlis-majlis agama, tetapi dia tidak juga mahu. Bagaimana lagi cara boleh saya buat?
Gurunya menjawab: Sesungguhnya hidayah itu mahal dan ianya hak milik Allah SWT. Dan hanya Allah SWT sahaja yang berhak memberi kepada sesiapa yang Dia kehendaki.
Lalu Gurunya menyambung lagi: Jika kamu mahu seseorang itu berubah, jangan pernah berhenti berdoa untuknya.
Berkata Al-Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid: Jangan pernah kita meninggalkan doa untuk mereka yang berada disekeliling kita dan seluruh umat Islam yang berada diserata pelusuk dunia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan