Puding Karamel (Biasa, Strawberry dan Coklat)
Oleh:Mufidah Abdul Hadi Alyunusi
Gula hangus:
1/2 cawan gula
2 sudu makan air
1/2 cawan air panas mendidih
Bahan-bahan untuk kastad biasa:
200 ml krim UHT (Dairy Cream)
600 ml susu segar
1/4 cawan gula (boleh kurangkan)
4 biji telur grade A - pukul sedikit
Sedikit warna kuning jika suka
Sedikit vanilla
Secubit garam
Cara membuatnya:
Untuk buat gula hangus, masukkan gula ke dalam periuk yang agak tebal dan tabur 2 sudu makan air keliling gula tadi. Panaskan atas api sederhana hingga gula cair dan berubah warna keemasan atau perang. Masukkan air panas mendidih dan kacau hingga pekat dan ketulan gula (jika ada) cair. Biar suam dan tuangkan ke dalam acuan.
Untuk membuat kastad, satukan susu, krim, garam dan gula. Kacau hingga gula larut. Masukkan telur, vanilla dan sedikit warna kuning jika suka. Tapis dan tuang ke atas lapisan gula hangus. Kukus menggunakan api sederhana selama 35-45 minit hingga masak. Biar sejuk dan kemudian simpan di dalam petiais.
Untuk membuat puding karamel strawberry..cara adalah sama seperti di atas cuma gantikan susu segar dengan susu UHT berperisa strawberry dan gantikan vanilla dengan sedikit strawberry paste dan warna kuning boleh digantikan dengan warna merah jambu jika suka...manakala untuk membuat puding karamel coklat pula gantikan susu segar dengan susu UHT berperisa coklat dan gantikan vanilla dan warna kuning dengan sedikit chocolate paste..kurangkan sedikit gula untuk puding karamel strawberry dan coklat kerana susu strawberry dan coklat mengandungi gula..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan