Jumaat, 15 November 2013

Pandanglah sesuatu kejadian dengan penuh kesyukuran...


share dari link fb ~Akhi Tinta Khalifah
Janganlah kita memandang orang yang ada lebih banyak dari kita,
Ditakuti kita akan selalu menyalahkan takdir,
Tetapi pandanglah kepada mereka yang kurang bernasib baik,
Kerana dengan itu kita akan lebih menghargai dan belajar erti bersyukur

Bila sakit,
Baru tersedar nikmatnya sihat
Allah hilangkan nikmat makan
Pergerakan kita juga terbatas
Allah hilangkan senyuman di raut wajah

Namun begitu, yakinilah
Hilangnya cuma sementara
Kena bersabar dan redha sentiasa
Itu akan menguatkan hati dan jiwa
Yang dibelenggu rasa menderita
In Shaa Allah, pasti pulih seperti sediakala

Disebalik apa yang kita alami
Pernahkah terfikir insan lain yang jauh lebih sengsara
Indah senyumannya bertukar perih tangisan
Kemanisan hidup yang bertukar kepahitan

".. Sebagai hamba, mungkin perlu sedetik untuk rasa kecewa,
Namun perlu sedetik lebih untuk berusaha dan berdoa,
Yakinilah bahawa Allah SWT itu sentiasa ada untuk kita.."

Yang pasti,
Senyumku tak akan pernah hilang... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan