SELAMATKAH SPIRULINA KETIKA HAMIL
Soalan:
Assalamualaikum doktor, Saya ada membaca artikel doktor mengenai pengambilan spirulina. Walaubagaimanapun, saya ingin bertanya, saya sedang hamil 31 minggu, bolehkan saya mengambil supplemen spirulina keluaran XXXXX kerana kawan mengesyorkan (sedangkan dia lelaki, tetapi taktik jualan langsung). Ramai mengatakan spirulina keluaran XXXXX yang terbaik..
Buat pengetahuan doctor, saya tidak pernah mengambil apa-apa supplemen lain selain yang dibekalkan oleh klinik kerajaan (acid folic, b complex, iron tablet) dan saya tidak pernah menggunakan mana-mana produk spirulina sebelum hamil...
Terima kasih..
Jawapan:
wa alaikum mus salam..
Saya pun tak faham mengapa ada yang mengatakan spirulina keluaran pengeluar tertentu paling baik. Ini semua taktik jualan MLM yang mahu untung besar dan tidak menghiraukan etika jualan, apatah syari'e.
Sebenarnya ketika hamil spirulina harus dielakkan kerana ia adalah makanan supplemen bersumberkan algae dari laut. Sedangkan badan autoriti di US telah menasihatkan agar pengambilan spirulina ketika hamil harus dielakkan untuk mengelakkan risiko keracunan mercuri.
Disamping itu juga spirulina mungkin mengandungi bahan mycrocystins yang boleh merosakkan organ hati.
Ini semua adalah kebarangkalian dan risiko. Ia mungkin tidak berlaku pada semua ibu yang hamil, tapi boleh berlaku pada mereka yang tidak bernasib baik.
Timbangkanlah antara risiko dan kebaikannya.
Nasihat saya, elakkan pengambilan spirulina semasa hamil keran banyak kajian di US mengatakan wanita yang hamil harus mengelakkan mengambil spirulina.
Jika mahu juga mengamalkannnya, silakan. Saya hanya memberikan pendapat.
Wallahu a'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan