Khamis, 21 November 2013

Petua Untuk Mencegah Bayi Sakit Kuning

share dari link fb ~ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA

Petua Untuk Mencegah Bayi Sakit Kuning

a. Sakit Kuning atau juga dikenali sebagai jaundis merupakan penyakit yang biasa menyerang minggu pertama kanak-kanak dilahirkan. Ia kerap berlaku kepada bayi yang lahir tidak cukup bulan. Sebenarnya hampir semua bayi baru lahir mengalami jaundis tetapi tidak kelihatan dengan jelas. Pada setengah bayi, ia berlaku sekejap, tidak merbahaya dan akan hilang sendiri atau hilang dengan rawatan yang ringkas sahaja. Tetapi dalam kes-kes tertentu, ia boleh menjadi serius dan perlu diberi perhatian. Jaundis boleh dikesan dengan melihat tanda-tanda seperti bahagian mata putih dan kulit berwarna kekuningan. Kesan ini akan dapat dilihat dengan jelas apabila ditekan. Ia bermula dari bahagian kepala dan semakin menurun ke bahagaian bawah badan. Semakin besar kawasan kuning, semakin berisiko tinggi kanak-kanak tersebut.

b. Kebanyakan kes jaundis tidak merbahaya. Namun jika tahapnya adalah tinggi dan dibiarkan tanpa rawatan ia akan menyebabkan kerosakan kekal ke atas sistem saraf. Ia boleh menyebabkan pekak dan pertumbuhan yang lembab dan membentuk cerebral palsy. Jika bayi anda mendapat jaundis dalam masa 24 jam selepas lahir, ini dianggap serius dan perlu pemerhatian rapi dan rawatan. Ia boleh disebabkan oleh masalah yang serius pada hati, usus kecil dan kelainan intestinal, infeksi atau kelahiran yang trauma atau kelahiran pra matang sebelum 28 minggu. Bayi yang menghidap jaundis perlu mendapat susu yang cukup untuk mengelak menjadi kekeringan. 

Petua Untuk Mencegah Bayi Sakit Kuning
1. Minum air yang sudah dimasak sampai mendidih.
2. Makan makanan yang baru dimasak.
3. Makan buah-buahan yang baharu dikupas.
4. Lindungi makanan dari lalat atau tikus.
5. Cuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas keluar tandas atau sebelum menyiapkan hidangan.
6. Hindari tempat makanan yang kurang bersih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan