Khamis, 21 November 2013

Setiap kesukaran disertai kemudahan.....

share dari link fb ~Majlis Ta'lim Darul Murtadza


مَا مِنْ مُؤْمِنِينَ صَبَّ وَجْهَهُ إِلَى اللهِ يَسْأَلَهُ مَسْأَلَةً اِلاَّ أَعْطَاهُ إِيَّاهَا اِمَّا عَجَّلَهَا لَهُ فِي الدُّنْيَا وَاِمَّا ذَخَرَهَا لَهُ فِي اْلآخِرَةِ مَا لَمْ يَعْجَلْ قَالُوا يَا رَسُولُ اللهِ وَمَا عَجَلَتُهُ قَالَ يَقُوْلُ دَعَوْتُ وَدَعَوْتُ وَلاَ أَرَاهُ يُسْتَجَابُ لِي


"Tiada seorang mukmin yang mengangkat mukanya kepada ALLAH seraya memohon, kecuali ALLAH pasti akan mengabulkannya. Ada kalanya dikabulkan dengan disegerakan di dunia dan ada kalanya dijadikan simpanan baginya kelak di akhirat selama ia tidak tergesa-gesa." Lalu mereka bertanya : "Wahai Rasulullah, apa yang dimaksudkan dengan tergesa-gesa itu?" Nabi menjawab : "Dia berkata, 'Saya telah berdoa dan berdoa tapi tidak pula dikabulkan-NYA.'"


Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda : "Sesungguhnya pertolongan itu datang dari ALLAH S.W.T pada seorang hamba sesuai dengan kadar ujiannya dan kesabaran itu diberikan oleh ALLAH S.W.T kepada seorang hamba sesuai dengan musibahnya." (HR. Baihaqi)



Usahakan tunai solat fardhu berjemaah & jangan lupa adab-adab selepas solat seperti berzikir, berdoa dsb.

Juga hadirkan diri kita & keluarga ke majlis-majlis ilmu !!!


حسبنا الله ونعم الوكيل, ولا حول ولا قوّة إلا بالله
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan