Ahad, 19 April 2015

PEMBUNUHAN ANAK OLEH IBUBAPA SENDIRI TANPA SEDAR

share dari link fb ~Warga Prihatin

PEMBUNUHAN ANAK OLEH IBUBAPA SENDIRI TANPA SEDAR

Kami ingin kongsikan beberapa pengalaman yang amat menakutkan tentang 'genoside secara halus' terhadap anak-anak kita tanpa disedari. Ianya mula berlaku di rumah menjangkiti rakan-rakan ‘sepermainan’ dan rakan sekolah mereka. 

Di RPWP, kami bertawakkal menjalani hidup hanya berpandukan alquran dan sunnah sepenuhnya. Selepas sedekad mencuba, kami temui banyak keindahan dan kebenaran dalam sistem Islam yang syumul dan sangat berkesan dalam mengatur manusia ini. 

Atas dasar itu kami amat yakin dan tidak mahu kefahaman dan penghayatan Islam itu dihakis. Mungkin sukar untuk menjelaskan dengan tepat apa yang kami dapat dan apa yang kami rasa melalui penulisan kerana ia melibatkan ‘pengalaman’ yang harus dialami sendiri melalui perlaksanaan.

BAGAIMANA SEKOLAH MEMBUNUH AGAMA

Sekarang ini nilai-nilai agama sering dirosakkan semula di sekolah dalam berbagai rupa dan gaya. Kebebasan minda dan gaya hidup sekarang menjadikan kita sukar membendung penularannya kepada anak-anak kita. Terlalu banyak kes yang amat berat bagi kami biarpun ia perkara kecil di mata ibubapa lain.

Terus terang kami katakan kami cukup tidak setuju dengan polisi satu pelajar satu sukan apabila ia tidak mengecualikan pelajar perempuan. Sejak dahulu lagi kami benci melihat perempuan bersukan dengan berpakaian macam bikini di padang walaupun badan sudah sebesar emak orang; berlari dan melompat-lompat sampai buah dada berbuai-buai waktu bersukan. Kes zina dan pencabulan di kalangan atlet di padang dan kem sukan ada pelajarannya bagi kita.

Entah apa yang mahu dikejar melalui sukan kami pun tidak faham sehingga maruah anak Islam kita digadaikan dengan sengaja. Lebih malang lagi apabila ia pergi ke peringkat antarabangsa. Banyak yang kita korbankan demi sukan. Yang nyata sukan adalah salah satu dari propaganda 5S musuh agama. Larian obor itu sendiri adalah analogi halus PERANG SALIB di mana ilmu sebagai sumber cahaya dan semangat kita dilarikan.

Dahulu atlet wanita kita yang sudah anak dara dan emak orang ikut pakai singlet, berseluar pendek ketat yang seakan-akan seluar dalam berlari, melompat dan bermain hoki. Kini mereka sudah berbikini untuk berenang, gimnastik, angkat berat dan entah apa-apa lagi. Batas aurat langsung tidak dipedulikan.

Di samping itu kegiatan ko-korikulum yang melibatkan perkemahan, tarian dan sebagainya juga membimbangkan. Berbagai aksi, pergaulan bebas dan peragaan pakaian yang terkeluar dari batas yang telah ditetapkan Allah dan rasul juga banyak yang dilanggar. Kami dapati ramai anak-anak menyimpang ketika ‘stayback’ untuk aktiviti ko-ko.

Kes pencabulan dan perzinaan di perkarangan sekolah sudah tidak terkawal. Sudahlah melakukan di tempat terbuka, sengaja pula di rakam dan dimuatnaik ke internet kerana anak-anak dibekalkan ibubapa dengan gajet yang canggih-canggih. Amat kesal apabila melihat buku latihan anak nisak kami (darjah 3) sudah dilukis dengan gambar aksi zina oleh rakan kelas nisaknya sendiri. Pelik sungguh di mana dia belajar melukis kemaluan lelaki dan wanita dewasa sebegitu.

Menonton TREND video-video lucah itu amat menakutkan sekali. Pelajar perempuan boleh membuka sendiri pakaiannya di kelas dan kawasan sekolah dan meminta puluhan pelajar lelaki mengepungnya buat melindungi pandangan semasa dia menikmati seks dengan seramai mungkin pelajar lelaki sekali gus.

Kami hanya yakin untuk menikmati hidup sejahtera melalui Islam. PAKAIAN penutup aurat dan batas pergerakan wanita adalah salah satu dari sistem penyelamat umat Islam. Itulah sistem HUDUD yang berpandukan alquran dan sunnah yang kami PAKAI sebagai TAQWIM harian. Itulah PAKAIAN TAQWA untuk menjauhi zina (QS:7/26). Sesungguhnya amalan zina MEMBUNUH generasi. 

Oleh itu, sebarang polisi yang menghalang dan menafikan disiplin berpakaian dan batas pergerakan itu bermakna menafikan hak anak-anak untuk mematuhi HUDUDULLAH (had-had) dan ia adalah satu kekufuran yang MEMBUNUH kesejahteraan mereka.

Itulah agenda barat selaku musuh agama yang telah sangat berjaya menanamkannya ke minda pemimpin negara kita sejak merdeka lagi. Mereka mahu menghancurkan kita dengan menjauhkan praktis agama kita sendiri. Polisi itu menghapuskan sistem asas hidup beragama yang akan ‘MEMBUNUH' kesejahteraan anak-anak kita.

PENGARUH NEGETIF IBUBAPA YANG MEMBUNUH 'FURQON'

Kami ada ratusan permohonan untuk menghantar anak-anak yang terlibat dengan kes juvana untuk dipulihkan. Di samping permohonan dari ibubapa dan penjaga, ada juga yang dirujuk kepada kami oleh Sekolah Hendry Gurney, PDRM dan JKM. Setiap kes yang diajukan terpaksa kami selidiki dahulu dengan terperinci. 

Atas sebab keterbatasan ruang lantai dan tenaga penjaga, kami terpaksa tolak buat sementara sebahagian daripadanya kecuali permohonan dari kalangan anak-anak yatim dan 8 asnaf yang lain.

Antara fenomena yang kami temui ialah tertanamnya dendam assobiyah kepartian dan perkauman di kalangan anak-anak. Bayangkan anak sekolah rendah sudah diajar saling membenci tanpa ilmu dan kemudiannya saling mempengaruhi rakan sebaya di sekolah. Isu kominis, peristiwa 13 May, keburukan parti lawan sengaja disampaikan kepada anak kecil untuk menanam kebencian.

Contohnya anak Melayu di ajar untuk membenci anak Cina dan India. Anak Cina di ajar untuk membenci anak Melayu Islam dan sebagainya. Anak orang UMNO diajar membenci pemimpin PAS dan sebaliknya. Sebahagiannya dilakukan oleh segelintir guru yang sedia taksub kepada assobiyah kepartian. Padahal anak-anak ini masih mentah dan belum berakal untuk menimbang dengan waras (BERFURQON).

Lebih menyedihkan apabila mereka sampai ke peringkat menghalalkan tindakan jenayah dan keganasan terhadap diri atau hartabenda guru dan anak-anak yang tidak sebulu dengan mereka. Kenderaan dan harta benda mereka boleh dirosakan atau dicuri dengan sesuka hati.

Di samping itu, banyak kes keganasan dan keruntuhan akhlak anak-anak yang terbentuk oleh pengaruh ibubapa dan ahli keluarga sendiri. Ada yang mengganas, degil dan suka melawan kerana sering melihat ibu sendiri melawan bapanya, bahkan memukul dan menengking si bapa sampai ke peringkat sepak terajang di hadapan anaknya.

Ada pula yang melihat sendiri kegiatan jenayah bapanya seperti bergaduh, berjudi, mencuri, meragut, menghisap dan mengedar dadah, minum arak, berzina dan sebagainya. Sebahagiannya malah terikut-ikut menganggotai kongsi gelap di usia muda seperti bapanya. 

Ada pula habit anak yang suka memeras dan membuli rakan akibat terbiasa mewah dengan wang rasuah/jenayah. Ada yang selalu melihat bapanya membawa pulang berkepuk-kepuk wang rasuah. Celah laci kereta, di poket seat, di semua laci almari ada banyak wang.

FENOMENA MEMBENCI POLIS adalah antara yang amat parah ketika ini. Ada kebencian yang berpunca dari pengaruh media sosial. Ada juga yang sengaja ditanamkan oleh ibubapa yang memang berdendam dengan pihak polis atas pelbagai sebab. Ini amat menyukarkan tugas PDRM mengawal keamanan.

Kebanyakan anak-anak yang terlibat kes juvana mengakui pernah bertindak nekad terhadap anggota polis. Menyakat anggota polis, seperti memaki dan menunjukkan aksi lucah adalah perkara biasa. Ada yang suka mengajak polis berlumba termasuk melawan arus dengan sengaja. Padahal dia di bawah umur, tiada lesen, tidak pakai topi keledar bahkan sedang memandu kenderaan curi. Mencuri dan merosakkan kenderaan polis juga menjadi kesukaan mereka.

Baru-baru ini seorang anak mendedahkan mengapa beliau amat membenci polis. Alasannya untuk membalas dendam kerana bapanya dikatakan mati dipukul polis ketika melarikan diri dengan motosikal. Kes menyakat anggota polis seperti di atas juga menjadi habitnya. Ironinya dia sendiri tidak kenal arwah bapanya dan tidak tahu dengan tepat kes itu.

KESIMPULAN

Mahu berjihad, mahu berniaga, berpolitik dan apa sahaja memerlukan ilmu. Allah larang kita terikut-ikut tanpa ilmu (QS:17/36, QS:10/36). Namun tanpa disedari anak-anak kita sekarang sudah pun kita didik untuk mengikuti hawa nafsu untuk membenci dan mengganas tanpa ilmu. 

Kita BUNUH FURQON mereka sehingga tidak mampu lagi menimbang semua perkara dengan adil dan waras bersandarkan ilmu dan faham. 

Tanpa kemampuan berfurqon dengan telus dan bijaksana itu, anak-anak kita akan terpenjara mindanya. Mereka tidak akan mampu dididik dan mendidik dengan petunjuk Allah secara bebas. 

Kerana itulah Allah berikan kita FURQON terlebih dahulu sebelum Allah turunkan kitabNya. Dengan FURQON itulah kita mampu menilai kebenaran petunjuk dari KitabNya. Di situlah asas MUMAYYIZ sebagai persiapan ke arah AQILBALIGH (berakal dan mampu menyampaikan).

QS: 3. Ali 'Imran 3-4. “Dia menurunkan Al Kitab (Al Quran) kepadamu dengan HAK; membenarkan kitab yang telah diturunkan sebelumnya dan menurunkan Taurat dan Injil, dari sebelum menjadi petunjuk bagi manusia, dan Dia menurunkan AL FURQAN (pembeda antara hak dan batil), sesungguhnya orang-orang yang ingkar terhadap ayat-ayat Allah, bagi mereka siksa yang berat, dan Allah Maha Perkasa lagi mempunyai pembalasan siksa”. 

Kesenangan dan kemajuan hidup yang kita kejar ini sedang membunuh jatidiri dan akhlak anak-anak kita. Kemewahan hidup kita menyebabkan mereka mampu memiliki pelbagai gajet canggih yang menyalurkan pula maklumat dan pengaruh ke arah gejala sosial dan zina kepada mereka. Padahal mereka belum ada akal yang waras untuk mampu menimbang baik buruknya.

Lihatlah lucah dan kesatnya bahasa anak-anak muda kita yang kini sedang menguasai media sosial. Akhlak buruk sebegitu sudah jadi biasa dan telah mempengaruhi komuniti media sosial termasuk di kalangan yang tua-tua. Siapa yang masih guna bahasa elok-elok maka akan kelihatan janggal. 

Tidak pernah terbayang generasi Melayu Islam yang seharusnya berpaksikan akhlak dan kesopanan yang murni ini boleh jadi sekasar dan sebiadab ini terhadap orang tua, alim ulamak, pemimpin negara bahkan terhadap raja. Tidak juga menyalahkan mereka 100% kerana pemimpin pun ada salahnya. Namun, kaedah menegur yang diajarkan Islam juga sudah tidak diamalkan.

Kepintaran IT bersulam internet yang kita tanamkan kepada anak-anak tanpa batas itu jelas telah memakan diri. Teknologi itu telah berjaya mencorak budaya anak-anak kita yang jelas telah terbunuh kewarasannya. 

Kerana itulah RPWP menyekat kebebasan berinternet dan mengikuti media sosial kepada anak-anak bawah umur biarpun kami memilikki kesemuanya.

WARGA PRIHATIN

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan