Ahad, 19 April 2015

Tazkirah : Nabi Tak Ajar Kita Pandang Rendah Orang Lain by Habib Ali Al-Hamid Zaneal Abidin.

share dari link fb ~Muhasabah DIRI

Tazkirah : Nabi Tak Ajar Kita Pandang Rendah Orang Lain by Habib Ali Al-Hamid Zaneal Abidin.

Imam Ghazali menyatakan, kalau kamu tengok pada org lebih jahil atau kafir dan kamu melihat org kafir ini adalah org yg tidak beriman pd Allah, jangan terburu² kamu MENGHUKUM dia itu lebih hina drpd kamu kerana kamu tidak tahu apakah penghujung kamu dan apa penghujung dia.

-kalau penghujung dia tu baik, bukankah dalam hadis menceritakan tentang org yg membunuh 99 org lalu digenapkan 100 org lalu akhirnya dia bertaubat kpd Allah dan diterima taubatnya walaupun belum sedikit amal yg dilakukan oleh org tersebut.
-Bukankah Allah terima? dan masukkan dia ke dlm syurgaAllah sebelum ada apa² amal juga.
-dia baru 'niat' & 'azam' nak bertaubat.
-Bukankah di zaman nabi musa ada org alim. Seorang yg doanya mustajab, seorg yg disanjung tetapi penghujung adalah digambarkan oleh Allah SWT sebagai ulamak Ussu'( ulamak jahat).
-Jika melihat org kafir, jgn terburu² kita menilai kita lebih baik daripada dia sebelum penghujung yg menentukannya.
-Saya tak tahu apa penghujung saya dan penghujung dia apa.
-memang kita benci kpd kekufurannya, tapi bukan pada INDIVIDUALnya.
-kerana INDIVIDUALnya tak tahu apa penghujungnya nasib org itu macam mana.
-kalau kita nampak org tua dan lebih tua drpd kita, mungkin org org tua ini adalah tidak solat umpamanya maka kita melihat org ini lebih tua dari saya , mungkin dia sebelum ini sudah kenal islam dulu sebelum saya kenal islam sudah berbuat baik sebelum saya buat baik.
-mungkin dia akan mendapat hidayah.

-kalau org yg lebih muda seumpamanya yg kita nak anggap dia lebih hina, kita lihat kita terlebih dulu berbuat dosa sebelum dia buat dosa.
-tengok sentiasa diri dan kelebihan yg ada pd org.
-maka barulah kita akan melihat diri kita itu memasuki pintu Tawaduk.
-org itu dikatakan Tawaduk kalau dia tengok dirinya tak ada nilai.
-lepas itu bukan itu saja, adalah melihat diri dia lebih hina , lebih rendah berbanding dgn org lain.
-kata Baginda SAW, ketika mana mengajarkan tentang Tawaduk, 'mungkin saja kamu tengok org itu kusut masai, rambutnya entah mcm mana tapi bila dia berdoa pada Allah, doanya dikabulkan oleh Allah SWT.
-org yg mungkin tidak kusut masai, pakaiannya yg rapi, mungkin pakai selendang juga, pakai serban juga, mungkin pakai kufiah juga BELUM tentu itu satu nilai kualiti disisi Allah SWT.
-Kenapa kita nak MENGHUKUM org dari segi zahirnya? pakaiannya?
-mula bila Nabi SAW ajar kita menilai org dari segi pakaian???
-ini agama adalah agama melihat hati org yg dinilai oleh Allah dan kita adalah berkonsepkan kpd agama ini tersebut , tidak berhak menilai kedudukan seseorg itu dgn apa yg kita nampak. Sebab Nabi tak pernah menilai org dgn apa yg dia nampak.

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan