Selasa, 28 April 2015

Talam Vanilla Coklat

share dari link fb ~Resepi Kek & Puding

Talam Vanilla Coklat

Bahan-Bahan- loyang 10x10x3 inci

Lapisan Bawah 

1 1/2 cwn tepung beras
1/4 cwn tepung jagung
1/2 cwn tepung kastard
1 cwn gula
1 cawan santan pekat
2 1/2 cawan air
2 biji telur-pukul sikit
1 sudu kecil esen vanilla
secubit garam

Cara Menyediakan Lapisan Bawah 

Satukan kesemua jenis tepung dlm mangkuk.

Masukkan sedikit garam, gula, telur dan santan.

Gaul sebati dan tapiskan. Masukkan ke dlm periuk dan masak diatas api sederhana sehingga naik wap. Sentiasalah di kacau guna whisk supaya tak berketul2.

Alaskan loyang dngn plastik dan sapukan sedikit minyak. Tuang adunan tadi dan kukus selama 20 minit.

** Setiap 10 minit saya buka penutup kukus dan lapkan air yg terdapat di penutup kukus. Tutup semula dan kukus lagi selama 10 minit.(utk mengelakkan air bertakung di permukaan kuih..)

Bahan Utk Lapisan Atas 

1 cwn santan pekat
2 cwn air
1 cwn tepung gandum
1/4 cwn tepung jagung
3 biji telur
1 cwn gula pasir
secubit garam
1 sudu besar serbuk koko- bancuh dngn 4 sudu besar air suam
1 sudu kecil coklat emulco

Cara Menyediakan Lapisan Atas 

Masukkan kesemua bahan dlm mangkuk kecuali coklat emulco dan serbuk koko.. Gaul sebati, nak mudah blend kesemuanya.

Masukkan adunan ke dlm periuk dan masak hingga naik wap, guna api kecil je.

Cakar2kan sedikit permukaan bawah tadi dan tuangkan adunan coklat ke atas lapisan vanilla tadi dan kukus selama 20 minit.

Saya kukus 10 minit dan buka penutup kukus, lapkan air yg terdapat pada penutup kukus dan kukus lagi selama 10 minit.(jumlahnya 20 minit juga kan..)

Tips.

** Sekiranya terdapat sedikit air di permukaan kuih, sengetkan loyang sedikit dan buangkan air yg terdapat di permukaan kuih...guna sudu je...atau lapkan guna kitchen towel.

** Sejukkan kuih, kuih ni hendaklah betul2 sejuk barulah cantik bila di potong.

** Gunakan pisau plastik utk memotong apa2 jenis kuih talam atau kuih lapis supaya cantik

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan