Rabu, 15 April 2015

Resepi coklat chip brownies yg mabless

share dari link fb ~Jom Belajar Buat Kek

Resepi coklat chip brownies yg mabless tu ye??..

x payah beli dekat secret recipe dah lepas ni..buat sendiri je tau.. jgn lupa share dgn rakan2 yg lain tau..

Bahan-bahan ( sekeluarga )

115g coklat masakan
115g mentega buttercup
3 biji telur
1 cawan gula kastor
1/2 sudu teh esen vanilla
Secubit garam
150g tepung gandum
175g cip cokelat
Cara-cara

Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius. Alas dulang pembakar bersaiz 13 in x 9 in dengan butterpaper dan digris sedikit mentega
Menggunakan kaedah double boiler cairkan coklat masakan bersama mentega.
Menggunakan mixer, pukul telur, gula, esen vanilla dan garam sehingga sebati dalam 2 minit kelajuan sederhana.
Masukkan adunan coklat, ayakkan tepung ke dalam adunan dan dan kaup balik, kemudian masukkan cip cokelat dan gaul sekata.
Tuang adunan ke dalam loyang dan ratakan guna spatula. Bakar selama 30 minit atau set.
Gunakan pisau, lalukan dikeliling brownies, semasa memindahkan alas butterpaper untuk menjaga permukaan kedut brownies. 

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan