Khamis, 9 April 2015

Barangsiapa yang ada di dalam diri mereka itu kalimah لا إله إلا الله walaupun hanya sebesar biji sawi di dalam diri mereka,Maka mereka itu tidak akan diazab oleh Allah Taala di dalam Neraka.

share dari link fb ~ Islam Itu Indah

Barangsiapa yang ada di dalam diri mereka itu kalimah لا إله إلا الله walaupun hanya sebesar biji sawi di dalam diri mereka,

Maka mereka itu tidak akan diazab oleh Allah Taala di dalam Neraka.

Orang kafir, walaupun melakukan pelbagai kebaikan di dunia, tetapi tidak mengucapkan kalimah لا إله إلا الله,

Maka mereka itu tetap juga dimasukkan ke dalam Neraka.

Kalimah لا إله إلا الله itu, sekiranya ditimbangkan bersama langit dan bumi,

Maka akan lebih berat lagi kalimah لا إله إلا الله itu di timbangan.

Antara yang menjadi hak di dalam diri kaum-kaum Muslimin itu adalah dengan menjaga kalimah لا إله إلا الله.

Pernah ditanya kepada Rasulullah: Ya Rasulullah, bagaimana cara untuk kami memperbaharui iman kami?

Maka Rasulullah menjawab: Perbanyakkanlah kamu menyebut لا إله إلا الله.

Disyarahkan oleh Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar al-Hamid.

Wallahua'lam. 

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan