Rabu, 29 April 2015

KEK CORNFLAKES KEJU

share dari link fb ~ Recipe Cake Secret

KEK CORNFLAKES KEJU

BAHAN-BAHAN:
125 gm mentega
125 gm krim keju
150 gm gula kastor
3 biji telor
1 sudu besar kulit limau (parut)
180 gm tepung naik sendiri
50 gm cornflakes

CARA MENYEDIAKAN:
Masukkan mentega, gula dan krim keju ke dalam mangkuk dan pukul sehingga kembang dan gebu.
Masukkan telur sebiji demi sebiji serta kulit limau yang telah diparut tadi dan pukul sehingga rata.
Selepas itu baru masukkan tepung naik sendiri dan gaul sebati.
Masukkan adunan ke dalam acuan dan taburkan cornflakes di atasnya sehingga rata sebelum kek dibakar sehingga masak.

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan