Khamis, 9 April 2015

PETUA MENEGANGKAN KULIT MUKA

share dari link fb ~Rahsia Hawa

PETUA MENEGANGKAN KULIT MUKA

1. Putih telur dan tepung sagu :
Pukul putih telur hingga kembang dan dibancuh dengan sedikit tepung sagu. Lumurkan ke seluruh muka seperti masker sebelum tidur dan biarkan semalaman.

2. Beras pulut, kulit kayu manis dan kunyit hidup :
Tumbuk halus sedikit beras pulut bersama sedikit kulit kayu manis dan seketul kunyit hidup. Lumur ke seluruh muka dan leher sebelum tidur. Keesokan hari cuci muka dengan air suam dan bilas dengan air sejuk. Lap muka dengan tuala bersih. Amalkan dua kali seminggu.

3. Bunga melur dan bunga cempaka :
Kisar beberapa kuntum bunga melur dan bunga cempaka. Bancuh bunga yang telah dikisar dengan bedak sejuk bersama sedikit air. Lumur ke seluruh muka setiap malam sebelum tidur. Keesokan hari cuci muka dengan air suam dan bilas dengan air sejuk. Lap muka dengan tuala bersih. 

4. Kulit pisang dan putih telur :
Kisar kulit sebiji pisang masak hingga halus dan gaul bersama sebiji putih telur hingga sebati. Lumurkan ke seluruh muka seperti masker. Biarkan hingga kering dan bilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu. 

5. Tepung ubi kayu dan buah mentimun :
Buah timun itu hendaklah di sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudian campurkan kedua-duanya dengan sedikit air. Kacau rata dan jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar.

Selamat mencuba.
  

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan