Isnin, 13 April 2015

KERAPU STIM ALA THAI

share dari link fb ~ Legacy Secret Trading

KERAPU STIM ALA THAI

BAHAN-BAHAN :

1 ekor ikan kerapu atau tilapia saiz sederhana
BAHAN A :
1 batang serai - diketuk
4-5 biji cili padi - diketuk/dihiris
2 helai daun limau purut, dihiris halus
2 keping asam gelugor/asam keping
2 sudu besar jus limau nipis
BAHAN B :
1 sudu teh gula atau secukup rasa
1 sudu besar sos ikan
1/2 cawan serbuk stok ayam
BAHAN HIASAN :
daun ketumbar - dicincang kasar
daun bawang - dicincang kasar
limau nipis - dihiris

CARA-CARA :
1. Bersihkan ikan dan kelar secara menyerong bahagian badan ikan di kedua2 belah bahagian badan.
2. Panaskan periuk kukusan,letakkan ikan dalam bekas tahan haba dan kukus selama kira2 10 – 12 minit.
3. Angkat dan toskan.Keluarkan air yang berlebihan dari bekas kukusan ikan tadi.
4. Ketepikan ikan.
5. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bahan A dan goreng hingga naik wangi.
6. Kemudian,masukkan bahan B dan kacau sebati selama 3 minit @ mendidih.
7. Akhir sekali,tuangkan kuah ke atas ikan.
8. Taburkan daun ketumbar serta daun bawang dan hiaskan dengan hirisan limau nipis di atas ikan.
9. Siap untuk dihidang.

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan