Khamis, 16 April 2015

BISKUT SEMPERIT COKLAT

share dari link fb ~Resepi Kek & Puding

BISKUT SEMPERIT COKLAT

Bahan- Bahan : 

3/4 cawan mentega
1 cawan tepung gandum
Sedikit esen vanila
2 cawan tepung kastard
1/2 cawan gula
1 biji kuning telur
3 sudu besar serbuk koko
coklat rice untuk hiasan

Cara-Cara nya :-

1. Pukul mentega bersama gula hingga kembang dan masukkan kuning telur serta esen vanila.

2. Kemudian, masukkan tepung gandum dan tepung kastard yang telah diayak serta serbuk koko.

3. Gaul hingga sebati hingga menjadi doh yang lembut.

4. Masukkan dalam acuan semperit dan terapkan di atas dulang pembakar.

5. Taburkan coklat rice atas permukaannya.

6. Bakar dalam ketuhar pada suhu 170 darjah celcius selama 15 minit. 

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan