Rabu, 22 April 2015

HAMBA DUNIA.

share dari link fb ~ Siti Aminah

HAMBA DUNIA.

"Jadilah kita orang yang bijak dengan tawaran dari Allah Swt. Kita hanya perlu manfaatkan umur. Jangan tertipu dengan keduniaan dan jangan tertipu dengan kejayaan orang lain dalam hal keduniaan. Sungguh hina orang yang menjadi hamba kepada dunia."

"Ibrahim at-Taimi rah. pernah berkata kepada sahabatnya; "Berapa jarak antara kalian dengan orang-orang soleh? Dunia datang kepada mereka, tetapi tetap mereka meninggalkannya. Dan dunia meninggalkan kalian, tetapi kalian tetap terus menerus mengejarnya."

"Imam al-Mawardi rah pernah berkata; "Jadilah engkau orang yang mencari dunia kerana terpaksa, dan carilah sebab-sebab kebahagiaan untuk hari Akhirat dengan segera. Dengan cepat. Jadilah engkau di dunia seumpama musafir yang dalam perjalanan, kerana kematian yang akan datang pada suatu hari yang tidak dapat diketahui nanti."

"Jangan terpedaya dengan kejayaan orang dalam hal keduniaan sebelum kita pastikan kedudukannya di akhirat. Sungguh hina orang yang menjadi hamba kepada dunia. Jadilah kita orang yang berjaya di akhirat, itulah kejayaan yang sebenar."

Daripada Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid.
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan