Rabu, 22 April 2015

Sering Makan Lewat Malam? Ketahui Keburukan Makan Lewat Malam

share dari link blog ~ http://hanasuva.com/2015/04/18/sering-makan-lewat-malam-ketahui-keburukan-makan-lewat-malam/
Pelajar yang sering berjaga malam kerana menyiapkan assignment, pasti makan lewat malam dah jadi satu perkara wajib bagi anda.
Untuk pengetahuan anda, tabiat makan lewat malam sangat tidak sihat dan boleh memberikan kesan buruk pada kesihatan anda.
Sangat penting untuk mengelakkan tabiat ini, jika anda inginkan kesihatan yang baik.
Fikirkan alternatif lain yang mungkin boleh membantu anda untuk mengubah gaya hidup makan lewat anda.
Ketahui kesan dari tabita buruk makan lewat malam yang mungkin anda akan hentikan serta merta.

1.Menyebabkan pedih ulu hati.

Kajian MENDAPAT bahawa pedih ulu hati banyak menjejaskan ramai rakyat malaysia dan setiap tahun ratusan ringgit dibelanjakan pada ubat-ubatan untuk merawatnya. Refluks asid adalah satu keadaan yang menyebabkan pedih ulu hati yang merosakkan esofagus.
Ia boleh menyebabkan banyak masalah kesihatan seperti asma, serak kronik, dan dalam kes-kes teruk, menyebabkan kanser esofagus. Dalam kes ekstrem juga boleh menyebabkan ulser jika tidak dirawat.

2.Kekurangan tidur

Salah satu fungsi utama tidur adalah untuk membantu anda pulih dan jadi anda boleh bangun bertenaga. Tidur adalah penting untuk mental, fizikal, dan emosi kesejahteraan. Kurang tidur boleh menyebabkan kelesuan, keletihan mental dan fizikal, kesukaran dalam komunikasi, ingatan yang lemah atau hilang ingatan.
Kebanyakan mereka mengalami kekurangan tidur apabila makan pada lewat malam. Satu hidangan berat diambil pada lewat malam menyebabkan badan terpaksa bekerja keras untuk mencernakan makanan tersebut. Ini juga akan menyebabkan kepenatan kerana organ pencernaan kita tidak MENDAPAT rehat yang secukupnya kerana berkerja sepanjang malam untuk mencernakan makanan makanan tersebut

3.Penghadaman tidak sempurna

Makan pada lewat malam menghalang penghapusan toksin yang terhasil semasa proses pencernaan, ini boleh menyebabkan masalah gas dan kekejangan perut. Apabila anda tidur, sistem penghadaman menjadi lambat dan nutrien dalam makanan tidak dapat diserap sepenuhnya.
Ini mencetuskan penukaran makanan menjadi lemak dan membawa kepada kenaikkan berat badan. Mereka yang mengadu kembung perut tidak sedar bahawa ia adalah daripada makanan yang tertinggal dari pencernaan yang tidak sempurna.

4.Strok (Angin Ahmar)

Tidur selepas makan juga boleh meningkatkan peluang untuk di serang strok. Menurut satu kajian yang dilakukan di Universiti Ioannina Sekolah Perubatan di Greece. Kajian, ke atas 500 orang yang sihat , 250 yang sebelum ini telah mengalami strok dan 250 yang telah didiagnosis dengan sindrom koronari akut, mendapati bahawa mereka yang tidak mengamalkan tabiat makan lewat malam, mempunyai risiko rendah untuk di serang strok.
Tabiat makan makan ini boleh menyebabkan banyak masalah kesihatan, Walaubagaimanapun masalah masalah ini boleh dielakkan jika kita prihatin dan elak dari makan pada waktu lewat malam.
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan