Isnin, 11 Mei 2015

Apabila sesuatu yang baik itu ingin disampaikan.-- pesanan/tausiyah dari Habib Najmuddin Othman Al Khered

share dari link fb ~ Muhamad Shahbudin

APABILA KITA INGIN MENYAMPAIKAN KEBAIKAN,MENASIHATI KEPADA ORANG LAIN MAKA NIATKAN TUJUKAN SEMUA KEBAIKAN DAN NASIHAT ITU KEPADA DIRI PERIBADI KITA TERLEBIH DAHULU DAN MULAKAN DENGAN 3 PERKARA INI MUDAH-MUDAHAN IANYA AKAN DIBERKATI DAN DIRAHMATI OLEH ALLAH TA'ALA

Apabila sesuatu yang baik itu ingin disampaikan.Kalau kita nak nasihat nak pesan-pesan kepada kebaikan maka mulakan dengan 3 perkara iaitu

1)Bismillah
2)Alhamdullilah
3)Selawat kepada Nabi ﷺ.

Maka apa yang kita sampaikan itu akan masuk ke dalam hati.Ditambah pula dengan doa maka dengan izin Allah akan lebih berkesan lagi.Kita ini dalam berdakwah kadang-kadang kita rasa bimbang.Di antara kebimbangan kita yang kadang-kadang kita terhalang untuk mengajak orang lain kepada kebaikan biasanya kerana

1)Kita bimbang kalau kita cakap dekat orang,nasihat kepada orang tetapi kalau kita tak buat maka kita takut ada ancaman daripada Allah سبحانه وتعالى.Betul?Yang itu yang biasanya yang terjadi yang akhirnya kita tak jadi mengajak kepada kebaikan.

2)Dengan alasan bahawa kita tawadhuk.Tak naklah nampak sangat,alim sangat ataupun baik sangat.

Oleh kerana itu di antara UBATNYA ialah apabila kamu ingin mengajak,kamu mengajar,kamu memberitahu kebaikan.Sebenarnya kamu NIATKAN dulu ianya adalah untuk DIRIMU.Pertama niatkan ianya adalah NASIHAT KEPADA DIRI KITA DULU barulah ia memberi kesan hatta kepada sesiapa pun kepada anakmu pun apabila kamu ingin memberikan nasihat tujukan kepada dirimu dahulu.

Walaupun nasihat itu untuk orang lain tapi tujukan kepada dirimu dahulu.Bermakna apa?Kalau kamu larang dia maka kamu pun jangan buat.Kalau kamu mengajak orang lain kepada kebaikan ajak orang lain untuk hadir ke majlis ilmu maka ajaklah dirimu terlebih dahulu.Kamu hadir dan lakukan kebaikan itu.

Suatu hari datang seorang ayah kepada Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani dengan anaknya mengatakan "Wahai Syeikh.Nasihatkan kepada anakku."Ditanya oleh Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani "Apa dia masalahnya?"Diberitahu oleh si ayah itu mengenai masalah anaknya.Beliau mengatakan "Anakku suka makan manisan,suka makan yang manis-manis."

Ini Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani seorang Wali Allah yang besar.Seorang yang mempunyai ilmu yang sangat tinggi tapi itulah dulunya mereka orang-orang sangat menyanjung kepada Para Ulama kepada Para Auliya.Semua perkara nak diadukan kepada mereka.Sebab apa?Sebab melihat mereka itu adalah DOKTOR yang paling hebat sekali.Lebih-lebih lagi untuk MENYUCIKAN JIWA itu.Itulah peranan seorang Ulama.

(Kita pun sepatutnya kena begitu juga.Dengan zaman kita sekarang ini macam-macam fitnah berlaku makanya kita kena dekatkan diri dengan Para Ulama,mengenali mereka dan hadir di dalam majlis-majlis mereka,mengambil ilmu daripada dada-dada Para Ulama dan yang lebih utama sekali adalah untuk merawat membersihkan kepada HATI dan JIWA kita ini yang sentiasa berpenyakit.Pendek cerita setiap orang kena ada seorang Guru Mursyid untuk membimbing diri kita agar terselamat dunia dan akhirat.)**Tambahan sendiri**

Jadi apa-apa pun mengadu kepada Ulama sampai masalah anaknya suka makan manisan pun mengadu kepada Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani.Apabila mendengar aduan si ayah itu.Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani mengatakan "Nanti 10 hari kamu datang balik."

10 hari kemudian si ayah itu pun datang bersama dengan anaknya kembali berjumpa dengan Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani.Lalu Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani pun memberikan kata-kata nasihat mengatakan "Wahai anakku.
Janganlah makan gula banyak ianya akan memudaratkan kepada diri kamu."Itu sahaja nasihat.

Maka si ayah itu bertanya "Wahai Syeikh.Kalau ini sahaja nasihatnya.
Dulu 10 sebelum ini kenapa kamu tidak memberikan nasihat yang ini?Kan senang tak payah kami 2 kali nak datang."Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani kata "Ketika pertama kali kamu datang kepada aku untuk meminta nasihat untuk menasihati kepada anakmu supaya jangan makan manisan.

Maka aku pun suka makan.Jadi kalau aku nasihat tak jadilah tak akan baiklah tak akan berkesanlah nasihatku itu sebab aku sendiri suka makan manisan dan makan yang manis-manis.Jadi aku ambil masa 10 hari untuk tinggalkan manisan.Apabila aku dah tinggalkan maka barulah aku nasihat kepada dia yakni anak si ayah itu."

Ibroh pengajaran yang kita boleh ambil.Bagi orang yang ingin memberikan nasihat mengaja orang lain kepada kebaikan meninggalkan keburukan maka pertama sekali beri nasihat untuk dirinya dahulu.Tujukan semua ini adalah untuk diri kita juga.

Tapi tak apa kalau kita masih belum dapat melakukan,mengamalkan apa yang kita ajak dan kita nasihatkan.
Ketika mana kita mampu memberikan kebaikan menyampaikan kebaikan NIAT DAHULU UNTUK DIRI KITA.Mudah-mudahan Allah سبحانه وتعالى membantu diri kita.

Bukankah doa ketika mana kita mendoakan kepada orang lain.Malaikat akan mengatakan "Kamu juga akan dapat sepertimana yang kamu doakan.Mudah-mudahan dengan kita mengajak kebaikan kepada orang maka ianya memberi MOTIVASI dan SEMANGAT kepada kita.Yang mana kita akan buat seperti itu dan tinggalkan apa yang tak boleh(maksiat,kemungkaran,perkara tak berfaedah dan perkara yang melalaikan kita daripada mengingati kepada Allah.)


blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan