ROJAK PETIS
Bahan-bahan:
10 tangkai lada kering yang telah direndam
5 tangkai cili padi (dipotong dua)
2 biji bawang putih
3 biji bawang merah
sedikit belacan
minyak secukupnya untuk menggoreng
** semua bahan di atas hendaklah digoreng kemudian ketepikan dulu.
1/2 cawan kacang tanah yang telah digoreng
1/2 cawan air masak
2sb sos cili
6sb kuah rojak serbaguna
garam dan gula secukupnya
Bahan yang dimakan bersama rojak:
tauhu secukupnya (digoreng dan dipotong2)
tempe secukupnya (digoreng dan dipotong2)
timun secukupnya (dihiris)
taugeh secukupnya (dibuang ekor dan dicelur sekejap)
kangkung secukupnya (dibersihkan dan dicelur sebentar)
sengkuang secukupnya (dihiris)
kacang tanah yang digoreng dan mesin halus (untuk tabur)
Cara:
1. Blender kesemua bahan yang digoreng bersama air masak, sos cili, garam dan gula hingga halus.
2. Masukkan kacang tanah, blender sekejap sahaja, jangan sampai halus sangat. Keluarkan, masukkan dalam bekas.
3. Campurkan kuah rojak serbaguna, kacau rata dan sebati. Rasakan garam dan gula. Jika kurang manis, boleh tambah kicap manis jika suka.
4. Sedia untuk dimakan bersama sayuran pilihan
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan