Cinta ke Syurga; "Wahai sekalian orang yang mengatakan tahlil, maulid, bidaah, maka ketahuilah kami ahli sunnah wal-jamaah tidak akan berhenti apabila kami ditohmah begini. Kami sesekali tidak akan berhenti berselawat dan bermaulid. Rasulullah ﷺ kecintaan Allah سبحانه وتعالى."
"Kecintaan Allah pada Baginda membuatkan kami ingin semakin hampir pada Rasulullah ﷺ. Alangkah indahnya pada setiap hari Jumaat amalan kami dibentangkan kepada Baginda yg naik bersama amalan itu kami sedang berselawat, memuji kpd Rasulullah ﷺ."
"Lalu, apakah Baginda tidak gembira dengan selawat kami? Jesteru anda yg mengatakan ini bidaah yang menzalimi diri sendiri? Rugi kalian yg menjarakkan diri diri daripada cinta kepada Rasulullah ﷺ. Sedangkan golongan yang dekat dengan Nabi Muhammad ﷺ kelak di hari akhirat, adalah mereka yang berakhlak mulia & banyak berselawat kepada baginda. Ini janji Allah dan Rasul."
"Harta yang paling mahal ialah wujudnya rasa kasih kepada Allah dan Rasul di dalam hati kita. Sesungguhnya ramai manusia yang keluar dari dunia ini menuju akhirat dalam keadaan di hatinya tiada rasa mahabbah pada Allah dan Rasul sebaliknya mati dalam keadaan sangat mencintai dunia. Orang yang malang adalah orang yang berpaling dari Allah dan Rasul-Nya."
"Sebaik-baik orang di antara kamu ialah seseorang yang apabila orang lain memandang wajahnya, maka ia ingat kepada Allah, jika mendengar ucapannya maka bertambah ilmunya, dan jika melihat amal perbuatannya maka tertariklah pada akhirat."
"Kalau ditanya, bagaimanakah seseorang itu ingin medekatkan diri kepada Allah سبحانه وتعالى dan bagaimana agar kita dapat mencintai Rasulullah ﷺ? Maka jawabnya carilah majlis-majlis yang mendatangkan keredhaan Allah سبحانه وتعالى dan carilah majlis-majlis yang dapat menambahkan kecintaan kepada Baginda Nabi ﷺ. Maka ini adalah perkara yang kita patut kehendaki yang perlu kita usahakan."
"Oleh itu, hendaklah kita merapatkan diri dengan Para Ulama. Janganlah kita berpisah daripada Ulama. Kita hendaklah mencari kebaikan yang terdapat dari Agama kita yakni Islam. Apabila kita hendak menginginkan kebaikan perkara melibatkan duniawi.Maka kita sudah akan mencari orang yang dapat membaiki urusan duniawi kita."
"Apabila kita ingin mencari kebaikan Agama kita untuk mendekatkan diri kepada Allah سبحانه وتعالى dan Rasulullah ﷺ.
Maka hendaklah kita mencari Para Ulama yang mana mereka adalah Pewaris Para Nabi. Tidak ada satu daerah pun melainkan di dalam daerah itu ditempatkan satu Ulama yang dapat menunjukkan jalan kepada Allah سبحانه وتعالى"
"Ini adalah keberkatan yg turun oleh Allah سبحانه وتعالى yang diletakkan di satu daerah. Di antara Ulama ada yang dikenali malah ada juga di antara mereka yang tidak dikenali kerana ditutup oleh Allah سبحانه وتعالى."
"Maka hendaklah kita mencari Ulama kerana sesungguhnya jalan menuju ke Syurga ada di tangan mereka. Seperti sabda Nabi; "Barangsiapa yg berjalan di suatu jalan untuk menuntut ilmu. Maka Allah سبحانه وتعالى akan mudahkan baginya jalan menuju ke Syurga."
Daripada Al-Habib Mahdi bin Abu Bakar Al-Hamid
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan