Isnin, 18 Mei 2015

KHASIAT BUAH STRAWBERRY

share dari link fb ~ Rahsia Hawa

KHASIAT BUAH STRAWBERRY

Mencegah Kanser
Kandungan vitamin A, C, E dan Asam ellagic berfungsi melumpuhkan sel kanser dalam tubuh termasuk Leukimia. Selain itu Strawberry mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi. Antioksidan ini akan melindungi tubuh dari serangan kanser. Kandungan antioksidan dalam Strawberry ini tetap tinggi walaupun telah diolah menjadi bentuk lain, seperti jus dan sebagainya. Selain itu, sebatian asid ellagik dan kuersetin yang ada dalam Strawberry juga boleh menghalang pertumbuhan kanser prostat, kanser payudara, kanser kulit, dan kanser hati. 

Mencantikkan kulit dan Anti Penuaan
Buah strawberry mampu mengangkat sel-sel kulit mati. Gunakan strawberry ini sebagai lulur mandi dengan mencampurkan strawberry yang telah hancurkan dengan susu dan minyak zaitun. Selain menjadi lebih halus, kulit pun akan tampak lebih cerah. Kandungan asam salisiat di dalam strawberry pula mampu mengubati dan menghindari kulit daripada jerawat. Dengan adanya zat anti oksidan yang dapat memerangi radikal bebas, tentunya penuaan boleh dicegah. 

Mencegah Kerosakan Fungsi Otak
Makanan dan persekitaran membantu penyebaran radikal bebas yang mengancam tubuh, radikal bebas tidak hanya menyebabkan penuaan, tetapi juga mengancam keadaan fungsi otak. Namun dengan adanya vitamin C dan fitonutrient tadi hal tersebut boleh dicegah. 

Mencegah Sakit Jantung.
Strawberry tinggi dengan serat, folat, vitamin C dan anti oksidan. Oleh kerana itu ia cukup berkesan mengurangkan kadar kolesterol di dalam tubuh, dan mencegah penyakit jantung. 

Memutihkan Gigi 
Asam malat yang terkandung dalam Strawberry bertindak sebagai bahan yang akan mengikis dan menghilangkan beberapa noda pada permukaan gigi. Dengan mengunyah strawberry setiap hari dapat membantu untuk menyihatkan mulut, seperti: memutihkan gigi, menghilangkan bau mulut, dan membuat nafas menjadi lebih segar. 

Dapat mencegah terjadinya Radang dan Alergi .Strawberry merupakan buah-buahan yang mengandungi gula yang rendah sehingga sesuai untuk diet penghidap diabetes, melawan radang sendi. 

Mengawal Tekanan Darah Tinggi. Strawberry mengandungi potasium dan zat besi yang sangat efektif untuk tekanan darah tinggi dan membuatnya lebih seimbang dan stabil. 

Membantu pesakit Arthritis dan mencegahnya.
Dalam kes ini otot akan menjadi lemah, lebih kecil dan kering. Racun yang kemudian lebih mudah tersebar dan memenuhi ruangan pada otot. Dengan mengambil Strawberry secara teratur, unsur anti oksidan yang terkandung di dalamnya akan menekan bahaya penyempitan otot tersebut. Racun yang ada di dalam otot kemudian ditendang keluar dan perlahan-lahan otot kembali dapat bernafas dengan lega.

Kesihatan mata
Usia dan nutrisi yang diambil oleh tubuh badan akan mempengaruhi kondisi kesihatan mata. Namun dengan adanya zat anti oksidan ini dapat memerangi radikal bebas, tentunya penuaan akan dapat dicegah dan kesihatan mata akan terjamin. 

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan