Isnin, 25 Mei 2015

RESEPI KETAM CILI GORENG BERJINTAN

share dari link fb ~ Denaihati Network

RESEPI KETAM CILI GORENG BERJINTAN


Bahan-bahannya :

● 5 ekor ketam/ ketam bunga
● 15 gm cili kering - dikisar halus
● 8 ulas bawang merah - dikisar halus
● 1 ulas bawang putih- dikisar halus
● 2 cm belacan - dikisar halus
● 2 cm halia - dikisar halus
● 2 sudu makan jintan putih - dikisar halus
● 4 keping asam gelugur
● ¾ cawan minyak
● Garam, gula, serbuk perasa secukupnya

Cara-caranya :
1. Ketam dibersihkan dan ditoskan. 

2. Panaskan minyak kemudian goreng ketam sehingga masak. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bahan-bahan kisar dan kacau sehingga berbau wangi. 

3. Masukkan asam gelugur, serbuk perasa, gula dan garam. Kacau hingga rata. 

4. Apabila pecah minyak, masukkan ketam. Kacau hingga rata dan angkat. Hidang panas-panas bersama-sama nasi.

Selamat mencuba.

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan