Ahad, 17 Mei 2015

Gulai Ikan Darat & Kulit Tembikai

Dsc00214__2_share dari link blog ~ http://www.myresipi.com/top/detail/17672

Gulai Ikan Darat & Kulit Tembikai

Bahan-bahan ( - )
  • Daun Kari
  • * 4 ulas bawang merah
  • * 3 ulas bawang putih
  • * 4 1/2 sb rempah kari ikan
  • Ikan darat (puyu, keli, haruan dll)
  • Kulit Tembikai - buang kulit hijaunya sehingga nampak putih sahaja
  • 1 biji kelapa - ambil santannya
  • Sedikit garam

Cara-cara

  1. Blend bahan-bahan *. Panaskan minyak dan tumis daun kari.. Masukkan bahan-bahan yang telah diblend. Biarkan di atas api sederhana..
  2. Setelah rempah masak dan pecah minyak, masukkan ikan darat dan kulit tembikai ke dalamnya.. Gaul sebentar dan tuang santan.. Biar hingga mendidih..
  3. Setelah kulit tembikai lembut, masukkan garam.. ( Kalau nak masukkan garam semasa menumis rempah pon boleh juga)
  4. Biarkan hingga mendidih dan hidangkan..
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan