Ahad, 24 Mei 2015

Ini adalah kisah Zun Nun Al-Misri r.a, seorang wali terkenal dari Mesir.

share dari link fb ~ Raudhatul Muhibbin

Pemeliharaan Allah سبحانه وتعالى; "Ini adalah kisah Zun Nun Al-Misri r.a, seorang wali terkenal dari Mesir. Suatu hari, ketika zun nun bersiar-siar di tepi Sungai Nil, melihat kenikmatan dan keindahan ciptaan Allah yang Maha Agung. Beliau terserempak dengan seekor kala jengking yang besar keluar dari lubangnya dan merayap dengan cepatnya."

"Ianya berlari dengan ligat hingga akhirnya ia masuk ke dalam Sungai Nil. Tiba-tiba, muncul seekor katak yang telah menunggu di atas permukaan air tersebut, maka segeralah kala jengking itu melompat ke atas belakangnya, maka katak pun berenang-renang segera menyeberang menuju ke arah pantai Sungai Nil di sebelahnya."

"Apabila sampai saja katak disitu, kala jengking itu pun melompat pula naik ke atas daratan. Sementara beliau memerhatikan telatah katak dan kala jengking. Beliau turut berlari-lari meniti jambatan hingga sampai ke tebing sungai yang berhadapan."

"Beliau mencari-cari kala jengking itu dari bekas-bekas jalannya, sehingga tiba ke sebuah pokok. Beliau melihat dibawahnya terdapat seorang lelaki yang sedang mabuk, tidak sedarkan diri lagi dan terbaring di atas tanah sedang botol arak masih ditangannya."

"Ketika itu juga beliau melihat ada seekor ular yang cuba hendak mematuk lelaki yang mabuk itu. Maka tiba-tiba sang kala jengking tadi datang dan menyengatnya hinggalah ular itu mati. Beliau merasa takjub melihat perkara yang berlaku ini. Lalu beliau bersyukur, kepada Allah سبحانه وتعالى yang telah mengelakkan dia daripada membunuh kala jengking itu. Kalau tidak, tentulah lelaki yang mabuk itu akan dipatuk oleh ular itu. Semuanya ada hikmahnya."

"Beliau pun mengejutkan lelaki mabuk itu. Dia tersedar dari tidurnya, dan sebaik sahaja dia lihat ada seekor ular di sampingnya, lalu dia bangun terperanjat, ingin melarikan diri, maka Zun Nun pon menahannya dan berkata; "Jangan takut. Ular itu sudah mati." 

"Sudah mati?" katanya. "Bagaimana ianya boleh berada disini?" Beliau pun menceritakan segala yang berlaku antaranya dan kala jengking itu, dan segala yang dia saksikan ketika baru sampai di pokok itu. Lelaki yang mabuk itu kagum mendengar ceritanya dan berasa insaf atas perbuatan jahatnya."

"Lalu lelaki yang mabuk tadi mengangkat kepalanya ke arah langit, dan bermunajat kepada Allah سبحانه وتعالى dengan berlinangan air mata."

"Dia berkata; "Ya Allah, jika begini rahmat Engkau terhadap hamba-Mu yang selalu menderhakai-Mu, Engkau selamatkan aku dari bahaya yang boleh membinasakanku. Padahal aku mabuk dan melanggar perintah Engkau. Maka bagaimanakah rahmat-Mu keatas orang yang mentaati-Mu. Orang-orang yang selalu menjaga segala perintah-Mu?" Sememangnya aku manusia yang tidak tahu mengenang budi."

"Ya Tuhan Yang Maha Agung Maha Mulia. Aku berjanji pada-Mu, bahawa aku akan menjaga diriku, dan tidak akan menderhakai-Mu lagi selepas hari ini. Kemudian lelaki mabuk itu berpaling kepada beliau dan berkata: "Wahai Tuan, siapakah engkau?" Aku adalah Zun-Nun," jawab beliau."

"Terima Kasih wahai Zun-Nun, kerana ceritamu ini. Disebabkan kamu aku menjadi insaf dan aku akan kembali ke jalan Tuhanku." Lelaki itu berlalu pergi, dan perasaan taubat kelihatan di wajahnya. Dia telah mendapat taufiq dari Allah سبحانه وتعالى, mudah-mudahan dia menjadi antara orang-orang yang soleh."

"Begitu betapa penjagaan dan pemeliharaan Allah سبحانه وتعالى walau keatas hamba-Nya yang pendosa. Kita dilarang sama sekali untuk berputus asa dari rahmat Allah سبحانه وتعالى. Kerana sejak azali lagi, Allah سبحانه وتعالى telah menetapkan bahawa rahmat-Nya mengatasi murka-Nya."

"Bersegeralah menuju kepada pintu taubat yang masih terbuka selagi nyawa tidak smpai ke kerongkongan dan selagi matahari tidak terbit dari arah barat."

Guru mulia kami. Tasawwuf. Darul Mujtaba. Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari.
 
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan