Khamis, 30 April 2015

NASEHAT HABIB UMAR BIN HAFIDZ UNTUK PARA PENUNTUT ILMU:

NASEHAT HABIB UMAR BIN HAFIDZ UNTUK PARA PENUNTUT ILMU:
Habib Umar menguraikan tentang hal-hal yang perlu diperhatikan oleh para penuntut ilmu (thalibul ilmi). Beberapa nasehat yang beliau sampaikan diantaranya adalah:
1.Bersyukur atas nikmat yang telah diberikan Allah Swt. karena bisa menuntut ilmu di pesantren yang notabene Ahlussunnah wal Jama’ah dan dapat melanjutkan menimba ilmu di Kota Tarim-Yaman yang merupakan kota ilmu dan ulama. Di kota yang penuh berkah ini, banyak dijumpai para habaib dan alim ulama yang sanad keilmuannya bersambung sampai kepada Rasulullah Saw. Lebih jauh lagi, jumlah ulama di Tarim tidak hanya sebatas hitungan jari. Akan tetapi mencapai bilangan ribuan.
2. Seorang penuntut ilmu harus rajin bangun malam (qiyamullail).
3. Seorang pencari ilmu harus mempunyai etika yang baik (akhlaqul
karimah).
4. Urgensi menebarkan rasa cinta kasih (al-mahabbah) dan persaudaraan (al-ukhuwah) kepada seluruh umat manusia secara umum, umat Islam secara khusus dan Ahlussunnah wal Jama’ah secara lebih khusus (akhash).
5. Menghormati ulama dan para guru (masyayikh) yang telah membimbing kita.
6. Bagi penuntut ilmu, hendaknya selalu menjadikan al-Quran sebagai pegangan hidup, baik dengan membacanya, menghayati makna kandungannya dan merepresentasikannya dalam kehidupan nyata.
7. Cermat (tahqiq) serta serius dalam memahami kalam ulama yang tertuang dalam teks (matan) kitab. Memahami kalam ulama secara utuh, tidak sepotong-potong. Habib Abdullah bin Umar asy-Syathiri pernah mengatakan: “Barangsiapa yang menguasai matan (teks) sebuah kitab dengan sempurna, maka ia pasti mendapatkan berbagai disiplin keilmuan.”
"Semoga bermanfaat untuk kita semua, dan menjadikan ilmu kita bermanfaat dunia dan akhirat" 

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Khasiat Pokok Galak Kucing

 share dari link fb ~ Resepi Lauk Pauk Kuih Muih Melayu added 3 new photos.
Khasiat Pokok Galak Kucing
Pokok Kucing Galak atau nama saintifiknya ‘Acalypha Indica‘ yang tumbuh liar ini berasal dari India dan di negara-negara sebelah sini. Pokok ini adalah dari jenis berbatang lembut dan berdaun dan berbuah hijau.
Ia menjadi salah satu kegemaran kucing memakannya untuk menambah tenaga terutama kucing jantan yang mampu melayan berapa banyak kucing betina. Kucing betina pula memakan daun dan buahnya terutama selepas melahirkan bagi mengembalikan kekuatannya.
Keseluruhan pokok kucnig galak bermula dari daun, buah dan akarnya amat berguna dalam perubatan Homeopathy yang boleh digunakan bagi merawat asma, batuk dan bronkaitis. Jika diamalkan memakan pucuknya, ia dikatakan boleh menambah ‘tenaga’.
Khasiat
Menurut Dr. Mohd Said Saad (Ketua Pusat Sumber Genetik Tumbuhan, Institut Biosains UPM), khasiat pokok kucing galak ini terletak pada bahagian akar dan daun.
Anda boleh menggunakan salah satu daripadanya untuk mengubati penyakit kulit, merawat ulser mulut, kuatkan tenaga batin dan menambahkan kekuatan badan. Secara umumnya, anda ikutilah langkah berikut;
1. Ambil bahagian akar atau daun pokok kucing galak (pilih salah satu aje).
2. Bersihkannya terlebih dulu.
3. Rebuskan akar atau daun tadi sampai ia mendidih.
4. Setelah mendidih, biarkan air rebusan itu suam.
Kemudian, anda teruskan dengan langkah berikut mengikut tujuan yang dikehendaki:
Ulser Mulut
Gunakan air rebusan tersebut untuk berkumur. Anda berkumur-kumurlah dengan air rebusan itu sebanyak 2 kali sehari. Iaitu pada waktu pagi dan sebelum masuk tidur. Amalkan sehingga anda sembuh.
Penyakit Kulit
Basuh kawasan tubuh badan anda yang mengalami penyakit kulit. Lakukan petua ini setiap hari dan teruskan sehingga anda benar-benar sembuh.
Menguatkan Tenaga Batin dan Badan Kuat
Anda tapis dan minumlah air rebusan akar atau daun pokok kucing galak tadi. Amalkan meminumnya secara sederhana atau hanya apabila perlu. Sebagai contoh, minumlah segelas sebelum anda melakukan kerja berat dan tujuan lain yang seumpama dengannya.
Info tambahan
Di Afrika Timur sap daun tersebut digunakan sebagai ubat titis mata untuk merawat jangkitan mata. Di Namibia daun tanah di dalam air yang digunakan untuk tujuan ini. Serbuk daun digunakan untuk luka ulat dipenuhi. Dalam Comoros merebus daun digunakan sebagai krim urut untuk merawat sakit sendi. Di Seychelles dan Réunion infusi atau merebus akar diambil untuk merawat asma, dan juga untuk membersihkan hati dan buah pinggang. Dalam Seychelles merebus akar juga diambil untuk merawat cacing usus dan sakit perut.
Waullahuwa'lam 
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Khasiat Ulam Sabung Nyawa

share dari link fb ~ Resepi Lauk Pauk Kuih Muih Melayu added 2 new photos.

Khasiat Ulam Sabung Nyawa
Daun sambung nyawa dapat mengurangkan kadar kolestrol dan dapat menurunkan tekanan darah tinggi. Di Malaysia ia juga di gunakan untuk merawat sembelit, kencing manis dan kanser. Ia juga di gunakan untuk merawat masaalah buah pinggang. Biasanya ia di makan mentah sebagai ulam. Batang nya sering di gunakan untuk meredakan demam.
Ia juga di gunakan dalam penyembuhan penyakit ginjal, disentri, infeksi kerongkong. Di samping itu ia juga di gunakan untuk menghentikan pendarahan, mengatasi ketidak seimbangan datang haid, melancarkan fungsi ginjal dan gigitan binatang berbisa. Umbinya untuk menghilangkan darah beku (haematom), pembengkakan serta patah tulang.
Cara Penggunaan
Untuk ubat yang di minum, rebus 7 hingga 12 helai daun segar, sementara untuk pemakaian luar, giling daun segar hingga lumat dan tempelkan di tempat yang sakit.
Waullahuwa'lam 
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

KHASIAT BUAH DAN DAUN SUKUN

share dari link fb ~ Resepi Lauk Pauk Kuih Muih Melayu

KHASIAT BUAH DAN DAUN SUKUN

Manfaat buah sukun untuk kesihatan diketahui sejak lama iaitu untuk mengubati berbagai macam jenis penyakit. Manfaat buah sukun sangat baik untuk dimakan bagi pengidap sakit jantung, ginjal, diabetes serta penderita penyakit hati, selain itu khasiat buah sukun juga melancarkan pencernaan serta menguatkan tulang dan gigi.

BUAH SUKUN SEBAGAI MAKANAN DIET
Apabila dibandingkan dengan pokok lainnya, buah sukun sememangnya memiliki banyak khasiat, dibandingkan dengan manfaat ubi jalar, ubi kayu, mahupun kentang, buah sukun memiliki kandungan karbohidrat dan protein yang lebih tinggi dan malah jika dibandingkan dengan beras, kandungan karbohidrat sukun juga setara, namun kalori sukun sangat rendah, sehingga sesuai dijadikan sebagai menu diet yang sihat.

KANDUNGAN BUAH SUKUN
Menurut kajian kandungan buah sukun juga sangat tinggi, baik mineralnya mahupun kandungan vitaminnya dan juga mengandungi banyak unsur fitokimia yang sangat penting bagi tubuh, terutama dari beberapa jenis asam amino esensial, seperti isoleusin, methionin, lysine, histidine, ryphophan, serta valin. 

Selain buahnya, daun sukun juga kaya dengan khaisat bagi kesihatan. Sebuah kajian merumuskan bahawa ekstrak daun sukun banyak mengandung betasitosero dan flavanoid yang mampu mengatasi penggumpalan rombosit yang melancarkan peredaran darah dalam jantung.

KHASIAT DAUN SUKUN
Manfaat daun sukun sangat efektif untuk mengubati beberapa penyakit kronik seperti penyakit hati, hepatitis, sakit gigi, gatal-gatal, pembesaran limpa dan penyakit jantung. Khasiat daun sukun dalam mengubati berbagai macam penyakit tersebut disebabkan daun sukun mengandungi beberapa unsur seperti asam hidrosianat, asetilcolin, ribofavlin, tannin dan beberapa bahan lain. 

Secara saintifik, manfaat daun sukun juga bagus untuk mengatasi kerosakan ginjal. Melalui penelitian lain yang dilakukan mendapati bahawa daun sukun sangat berguna untuk mengubati penyakit kardiovaskuler. 

Untuk mengubati penyakit ginjal, daun sukun direbus kemudian diminum airnya setiap hari secara rutin. Memang hal ini memerlukan disiplin dan kerana harus dilakukan secara rutin dan dalam jangka panjang. 

Untuk petua sembuh dari penyakit jantung, anda sebaik baiknya pilih daun sukun yang sudah berumur, kerana daun sukun yang telah berumur tua memiliki kandungan zat yang tinggi.

* sira sukun, kerepek sukun, sukun goreng, bingka sukun. Sedap!

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

KHASIAT POKOK MISAI KUCING

share dari link fb ~ Resepi Lauk Pauk Kuih Muih Melayu

KHASIAT POKOK MISAI KUCING

Merawat penyakit buah pinggan
Batu pundi kencing
Jangkitan saluran kencing
Hati dan masalah pundi kencing
Kencing manis
Sakit sendi
Batu karang
Gout
Mengurangkan kolesterol + tekanan darah
Bersifat Antiallergic + Antihipertensi + Anti-radang + Diuretik + Arteriosklerosis
Nephritis
Melegakan kekejangan otot dalam dinding organ dalaman
Merawat lemah jantung + darah tinggi

CARA2 PENGGUNAAN MISAI KUCING

Ambil beberapa bunga herba misai kucing dan direbus dengan 5 cawan air
minum setiap hari pagi + malam sebelum atau selepas makan ATAU
Ambil beberapa bunga herba misai kucing. Digunting kecil2 atau dikoyak2kan
Rendam dengan secawan air panas. Tutup dan biarkan suam.
Minum hingga habis. Amalkan setiap hari pagi + malam.

Waullahuwa'lam

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Dua Jenis Jus Menghentikan Derita Kerana Kencing Manis

Picture
share dari link blog ~ http://www.khasiatgarambuluh.com/blog/dua-jenis-jus-menghentikan-derita-kerana-kencing-manis

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Nasihat Dari Para Jutawan

share dari link fb ~ Norzamri Hj Othman

Nasihat Dari Para Jutawan

Semasa salah satu sessi, saya sarapan pagi bersama mereka.

Saya tanya mereka, apa rahsia amalan yang mereka buat untuk berjaya sampai ke tahap itu?

Salah seorang peserta, berusia 25 tahun berpendapatan RM50k sebulan berkongsi dengan saya.

"Bang, saya nak share satu benda aja. Kalau kita nak yang terbaik. Kita kena beri yang terbaik. Nak duit banyak, kena sedekah banyak. Satu benda mudah yang saya nak share dengan abang, sedekah bila masuk masjid. Abang buka beg duit, ambil duit yang paling besar. Then, sedekah kat tabung masjid. Abang buat aje, nanti abang akan rasai perbezaannya. Bila kita beri yang terbaik, Allah pulangkan yang terbaik untuk kita."

Kemudian, salah seorang CEO syarikat lain menambah.

"Firdaus, kau jangan percaya apa dia ni cakap. Jangan percaya, tapi kau buat aje!!! Ingat, duit yang paling besar dalam wallet ok."

Kemudian, salah seorang CEO syarikat lain pulak menambah.

"Saya ni dah lama jutawan. Tapi, dulu nak sedekah kat masjid, RM10 pun rasa berat. Kedekutnya saya waktu tu. Tapi, lepas saya belajar. Saya dah tak kedekut. Saya pun sama macam mereka. Saya keluarkan duit yang paling besar ada dalam wallet saya. Saya juga selalu tukar duit kecil, RM1, RM5, RM10, RM20 dan saya selalu bawa bersama saya. Bila saya jumpa orang yang memerlukan, saya akan sedekah ikut keperluan mereka."

Wowwww...... Ini rupanya rahsia mereka.

Saya Masuk Masjid Dan Teringat Kata Kata Mereka

Hari Khamis yang lepas, saya masuk ke Masjid di Parit Buntar.

Pada waktu tu, saya teringat nak bersedekah kepada masjid. Saya berazam nak sumbanglah RM50 kepada masjid. Sebab saya sangka itulah duit yang paling besar saya ada dalam wallet.

Tiba tiba, bila saya buka beg duit.

Allahuakbar. Macam mana ada duit RM100 pulak dalam wallet saya ni?

Aduh !!!!!

Iman saya mula bergoyang. Nak sumbang RM50 pun dah kira besar. Inikan pula RM100. Fuhhhhh.... Saya berpeluh seketika.

Tapi, disebabkan saya teringat kata kata para jutawan yang menggalakkan saya menderma wang terbesar dalam wallet. Saya pun, dengan rasa 'berat hati'. Saya keluarkan RM100 dan masukkan dalam tabung masjid.

Saya ingat lagi, masa saya sumbang tu. Saya berdoa kepada Allah.

"Ya Allah, aku berikan yang terbaik untuk Mu. Aku tak tahu macam mana Kau akan gantikan duit ini untukku. Tapi, aku sudah menjalankan tanggung jawabku. Sekarang, aku serahkan pada Mu untuk mengaturkan sesuatu untuk aku."

Sejujurnya, masa saya keluar masjid. Saya asyik berfikir.

"Hmmm.... macam manalah Allah nak gantik RM100 ni dalam masa segera?" tak nampak jalan yang saya akan dapat duit dari mana mana sumber bisnes yang saya buat.

Tapi, tak per lah. Saya buat kerja saya, selebihnya saya serahkan kepada Allah.

Apa Berlaku Pada Hari Jumaat?

Pagi Jumaat, saya buat kerja seperti biasa. Tiba tiba, saya dapat panggilan telefon daripada abang saya.

"Daus, cepat cepat. Jual saham yang hang beli tu? Sekarang naik mencanak."

Tanpa membuang masa, saya terus onlinekan telefon saya.

Saya cek saham yang dah 2-3 minggu saya beli, yang asyik turun tak naik naik. Saya pun dah sedikit kecewa dengan saham ni.

Terbeliak biji mata saya tengok harga semasa saham tersebut.

Allahuakbar.

Kalau dihitung mudah, keuntungan sekitar RM4,800.

Subhanallah. Tanpa membuang masa, saya terus jual saham tersebut.

Syukur Alhamdulillah.

Saya benar benar tak sangka, Allah nak beri rezeki kepada saya daripada pintu yang tidak saya sangka.

Memang saya jangka saham yang saya beli tu akan naik. Saya jangka untung dalam RM1,000-RM1,500. Tak lah sampai RM4,800 dalam tempoh 2-3 minggu.

Subhanallah. Saya bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan.

Selepas itu, saya pergi ke masjid untuk menunaikan Solat Jumaat. Sekali lagi, saya buka beg duit saya, saya dermakan wang paling besar yang saya ada.

Kali ini, saya berdoa kepada Allah.

"Ya Allah, aku bersyukur dengan nikmat yang Kau berikan kepadaku. Terima kasih kerana memberi 'pulangan' kepada aku dengan begitu pantas. Hari ini, aku berikan sumbangan aku lagi untuk masjid ini. Semoga Kau berikan yang lebih baik buat aku selepas ini."

Jangan takut untuk bersedekah.

Allah Allah.....

Selama ini, bukan saya tak percaya THE POWER OF SEDEKAH.

Saya tersangat percaya, tapi biasalah. Kita manusia. Kita selalu rasa takut nak MEMBERI. Kita ingat dengan memberi akan mengurangkan apa yang kita ada.

Sebenarnya tak, bila kita memberi. Kita akan menambah apa yang kita sedia ada.

Saya tulis kali ini, semata mata untuk memberi kekuatan kepada saya untuk memberi yang terbaik dalam setiap perkara yang saya lakukan.

Semoga kisah ini juga sedikit sebanyak akan memberi inspirasi kepada anda untuk bersedekah.

Kawan kawan semua.... Jom Bersedekah.

Ingat pesan ini, "Kita kurang berjaya bukan kerana kita kurang menerima, tetapi kerana kita kurang memberi. The more we give, the more we get back. Insya Allah."
Copy paste kwn bg..

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Resepi Roti Nan Cheese

share dari link fb ~ Kongsi Kongsi Resepi

Resepi Roti Nan Cheese

Bahan Doh:
375 gram tepung gandum
125 gram tepung naik sendiri
125 ml plain yogurt
1 sudu kecil serbuk yeast
250 ml air suam
1 sudu besar butter / marjerin / minyak masak
1 sudu besar gula
sedikit garam

Bahan Toping :
50 gram cheddar cheese - parut halus
50 gram mozarella cheese
1 sudu teh gula pasir

Cara Membuat :
Rendam terlebih dulu yis di dalam air suam, tunggu sehingga timbul / berbuih. Sementara itu campurkan tepung gandum, tepung naik sendiri, gula garam dan butter dan digaul rata. Masukkan yeast dan yogurt, uli sehingga sebati masukkan air sedikit demi sedikit. Uli sehingga adunan agak lembut, dan bulat2kan untuk di peram seketika ( sampai kembang dan gebu). canai leper taburkan cheese. Canai another nan, tindihkan dan canai semula dan bakar dlm kuali tanpa minyak dengan api kecik. 

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

KHASIAT DAUN BELALAI GAJAH - HERBA PENAWAR KANSER DARAH TINGGI KENCING MANIS (^_^)

share dari link fb ~ Resepi Lauk Pauk Kuih Muih Melayu

KHASIAT DAUN BELALAI GAJAH - HERBA PENAWAR KANSER DARAH TINGGI KENCING MANIS (^_^)

Tumbuhan herba adalah sebahagian daripada warisan budaya Melayu kerana khasiatnya mampu menyembuh pelbagai jenis penyakit sejak zaman berzaman.

Daun belalai gajah atau Sabah Snake Grass (SSG) misalnya telah lama dikenal pasti mempunyai anti oksidan yang tinggi untuk mengatasi sel-sel kanser dan mengekalkan sel-sel sihat dalam tubuh manusia.

Khasiat daun tersebut mampu membantu orang yang mempunyai masalah kesihatan seperti kanser, buah pinggang, radang prostat, kolesterol, tekanan darah tinggi, asid urik tinggi, diabetes, mengurangkan risiko salur darah tersumbat, membuang toksin dalam badan di samping mengurangkan keletihan.

Herba ini turut dikenali sebagai You Dun Chao atau Clinacanthus Nutans dan tergolong dalam keluarga Acanthaceae.

Kajian mendapati bahawa daun ini tidak mengandungi toksik, mempunyai kandungan flavonoid yang tinggi, serta mengandungi pelbagai mineral yang diperlukan oleh tubuh badan, vitamin dan asid amino.

Menurut kajian Jabatan Bioteknologi, Sekolah Teknologi Kesihatan, Universiti Ming Chuan, Taiwan, SSG terbukti sebagai agen anti oksida yang baik. Fungsi anti oksida sebenarnya mengurangkan kesan radikal dalam tubuh badan.

Sementara itu, Fakulti Perubatan dan Kesihatan Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM), SSG bukan sahaja berfungsi sebagai anti-oksida, bahkan mampu melambatkan pertumbuhan sel kanser.

Kajian-kajian ini membuktikan bahawa penjagaan kesihatan menerusi makanan semula jadi seperti merupakan langkah alternatif yang baik.

Menurut Pengarah Urusan Tenaga Jati Bumi, Norsham Abas, SSG telah lama dikenal pasti mempunyai anti oksida yang tinggi bagi mengekalkan sel-sel sihat dalam tubuh manusia.

"Kelebihan daun belalai gajah sudah lama diketahui oleh orang ramai. Dahulu, daun itu hanya dijual dalam bentuk yang asalnya dan pengidap kanser perlu memakan daun itu sekurang-kurangnya 100 helai sehari tanpa gagal dalam usaha memerangi sel barah.

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Khasiat dan Info Pokok Inai

share dari link fb ~ Resepi Lauk Pauk Kuih Muih Melayu

Khasiat dan Info Pokok Inai

Inai atau nama saintifiknya Lawsonia Inermis adalah sejenis pokok yang mempunyai khasiat dan nilai perubatan yang tinggi terutamanya bahagian daunnya. Pokok inai yang mempunyai banyak ranting ini mendapat namanya daripada perkataan Arab ‘Hina’ yang bermaksud ubat.

Ahli sejarah mendakwa bahawa orang orang Mongol telah membawa inai ke India pada kurun ke-12 sementara pihak lain mendakwa inai berasal dari India. Ahli arkeologi pula mengatakan mereka menemui bukti bahawa inai telah digunakan oleh orang Mesir dalam proses menghasilkan mumia apabila mereka mendapati kuku jari dan kaki mumia yang mereka temui disapu dengan sejenis pewarna merah yang dipercayai adalah inai.

Daun inai mengandungi bahan pewarna glukosid dan asid henotanik. Asid henotanik pada daun inai menyebabkan kulit yang disapu inai akan berwarna merah. Ini disebabkan pewarna yang sememangnya terdapat dalam asid henotanik akan bergabung dengan kolagen pada sel kulit dan keratin pada kuku dan rambut. Minyak daripada biji inai mengandungi behenik, arasidik, sterik, palmitik, asid oleik dan linoleik.

Pokok inai mempunyai nilai ubatan yang tinggi terutamanya pada daunnya. Selama berkurun kurun lamanya inai telah digunakan untuk tujuan perubatan. Salah satu kegunaan utama inai adalah sebagai agen penyejuk.

Inai boleh digunakan untuk menyembuhkan luka dan kudis di sekeliling kuku. Caranya ialah dengan membersihkan daun terlebih dahulu, kemudian baru tumbuk daun tersebut sehingga hancur. Selepas itu sapukan ramuan daun tersebut pada tempat yang sakit. 

Selain itu inai juga boleh digunakan untuk menyembuhkan sakit perut. Caranya adalah dengan meminum air rebusan campuran daun inai segar dan inai kering yang dicincang.

Daun inai yang telah dijadikan serbuk pula dikatakan mampu untuk menyembuhkan luka luka semasa berkhatan, bisul, penyakit penyakit kulit dan sengal sengal tulang. Daun inai juga dikatakan boleh merawat kebotakan. Caranya ialah dengan merebus minyak biji sawi bersama daun inai. Kemudian sapukan ramuan ini di kepala.

Bagi orang orang India, air daun inai baik sebagai bahan astringen yang boleh mengecutkan tisu tisu organik dan dengan ini dapat mengurangkan atau mengawasi pendarahan yang berlebihan. Mereka juga percaya berkumur dengan air daun inai boleh menolong menyembuhkan sakit tekak.

Orang India juga menggunakan daun inai dengan menyapunya pada kulit untuk mengubati penyakit kulit, bisul dan melepuh. Mereka juga menggunakan daun daunnya untuk menyembuhkan sakit kepala dan rasa panas di kaki.

khasiat daun inai
Penyakit penyakit wanita seperti haid yang berlebihan dan keputihan dikatakan mampu dirawat dengan menggunakan daun inai. Jus yang terhasil daripada daun inai segar juga dikatakan boleh diminum kerana ia dikatakan mampu merawat Spermatorrhoea atau ejakulasi yang tidak dikawal.

Bagi kulit pokok inai, ia dikatakan mampu merawat penyakit hati seperti jaundis dan hati yang membengkak. Kulit pokok ini juga dikatakan mampu untuk merawat penyakit cirit birit. 

Bunga pokok inai pula dipercayai boleh merawat masalah sakit kepala yang disebabkan cuaca panas. Caranya ialah adalah dengan meletakkan bunga inai yang telah dicampurkan dengan cuka pada sekeliling kepada. Sementara itu, akar akar dan palpa digunakan untuk merawat bisul.

Di samping penggunaan untuk tujuan perubatan, daun inai juga seperti yang kita ketahui digunakan untuk mewarnakan tapak tangan, kuku dan kaki. Bila dicampurkan dengan pewarna asli yang lain, pewarna inai juga boleh digunakan untuk mewarnakan rambut dan bahan tekstil.

Daun inai dipercayai amat baik selaku bahan penyejuk. Selalunya daun inai digunakan untuk menyembuh sakit perut, luka dan kudis disekeliling kuku dan mengatasi masalah keguguran rambut. Ia juga boleh digunakan bagi merawat masalah haid wanita dan keputihan.

Serbuk inai atau daun inai yang dilumatkan digunakan bagi menyembuh penyakit kulit, bisul dan sengal tulang. Jus inai digunakan bagi melegakan sakit kepala akibat cuaca panas. Sementara akarnya diguna untuk menyembuh bisul. Kulit dari batang pokok inai digunakan untuk meredakan cirit birit dan merawat masalah hati atau demam kuning serta bengkak hati.

Orang India menggunakan air inai sebagai penyegar untuk mengecutkan tisu-tisu badan dan seterusnya mengurangkan pendarahan berlebihan. Mereka juga percaya bahawa dengan berkumur air inai dapat melegakan sakit tekak.

Untuk mengubati luka dan kudis disekeliling kuku, bersihkan dan tumbukkan daun inai sehingga lumat dan disapukan dibahagian yang sakit itu. Insyallah sakit akan berkurangan, bengkak dan kelurut akan dapat dielakkan.

Waullahuwa'lam 

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/