RESEPI ACAR TELUR
Bahan-bahannya :
● 15 biji telur ayam
● 10 biji cili kering
● 2 tin kecil tomato puri
● 5 biji buah pelaga
● 4 kuntum bunga lawang
● 4 kuntum bunga cengkih
● 2.5 sm kulit kayu manis
● 2 sudu kicap
● Sedikit kacang peas
Bahan-bahan untuk digiling:
½ sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
2 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah - dimayang
Sedikit halia
Sedikit cuka, gula dan garam
Cara:
1. Telur direbus sampai masak, setelah itu buang kulitnya dan goreng sebiji-sebiji hingga kuning angkat dan ketepikan.
2. Panaskan minyak kemudian tumiskan bawang yang telah dimayang, setelah itu masukkan pula bahan yang telah digiling tadi bersama air, cuka, gula, garam dan tomato puri serta serbuk perasa.
3. Bila telah mendidih masukkan telur, cili merah, kacang peas dan bawang besar. Setelah itu bolehlah diangkat.
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan