Al Imam 'Abdullah bin 'Alawi Al-Haddad mengajarkan kita niat menuntut ilmu yang sangat cantik.
نَوَيْتُ التَّعَلُّمَ وَالتَّعْلِيْمَ
1. Aku berniat untuk belajar dan mengajar.
(Sebelum mula belajar, sudah dipasang niat bukan sahaja belajar untuk diri sendiri, bahkan untuk mengajar dan menyampaikan pula kepada orang lain.)
وَالتَّذَكُّرَ وَالتَّذْكِيْرَ
2. Mengingat dan memberi peringatan.
(Saling ingat-mengingati itu merupakan perkara yang dituntut dalam agama kita.)
وَالنَّفْعَ وَالانْتِفَاعَ
3. Memberi manfaat dan mencari manfaat.
(Ilmu yang diperolehi dikongsi manfaatnya bersama orang lain juga, bukan untuk disimpan untuk diri sendiri sahaja.)
وَالإِفَادَةَ وَالاسْتِفَادَةَ
4. Memberi faedah dan mendapatkan faedah.
(Mengambil faedah daripada ilmu dan menjadikan diri boleh memberi faedah kepada orang lain pula.)
وَالْحَثَّ عَلَى التَّمَسُّكِ بِكِتَابِ اللهِ وَسُنَّةِ رَسُوْلِهِ
5. Menggalakkan orang untuk berpegang teguh dengan kitab Allah dan sunnah NabiNya,
(Mendekatkan orang kepada Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wasallam.)
وَالدُّعَاءَ إِلَى الْهُدَى، وَالدَّلاَلَةَ عَلَى الْخَيْرِ
6. Mengajak kepada hidayah dan menunjukkan kepada kebaikan,
(Berdakwah dengan ilmu yang diperolehi dan menunjukkan teladan yang baik kepada orang lain.)
اِبْتِغَاءَ وَجْهِ اللهِ وَمَرْضَاتِهِ وَقُرْبِهِ وَثَوَابِهِ
7. Mengharapkan redha Allah, mendekatkan diri padaNya dan pahala dariNya.
(Inilah tujuan utama belajar – untuk mendapat redha Allah, dekat padaNya dan mengharapkan ganjaran pahala dariNya.)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan