Isnin, 20 April 2015

RESEPI AIR KACANG SOYA

share dari link fb ~Rahsia Hawa

RESEPI AIR KACANG SOYA

Bahan-bahannya :
● 250 gram kacang soya
● 1 jug air masak 
● Daun pandan
● Gula pasir

Cara-caranya :
1. Basuh dan rendam kacang soya semalaman atau hingga kacang mengembang. Buangkan kulit yang tertanggal. 

2. Masukkan 1/4 kacang soya dalam blender dan kisar dengan 3 cawan air. Kisar hingga kacang hancur. 

3. Tapis ke dalam periuk menggunakan kain kasa. Perah kacang hingga semua air dapat dikeluarkan. Selesaikan baki kacang dengan cara yang sama. 

4. Bila sudah habis perah, masak susu kacang soya dengan api yang kecil bersama daun pandan. Masukkan gula sesedap rasa atau boleh juga buat air gula berasingan. 

5. Masak hingga mendidih dan elakkan dari susu soya membuak keluar.

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan