HUDUDKANLAH ANAK-ANAK KITA DARI RUMAH
Artikel kami minggu lepas tentang keperluan ibubapa menimbang semula pembentukan gaya hidup anak-anak kita ada kaitan dengan isu ini.
Oleh kerana artikel ini sedang dibaca oleh ibubapa yang memang sudah terdidik dan terbentuk dengan gaya hidup yang banyak diserap dari sistem barat yang agak liberal, maka ramai juga yang membantah. Agak terguris juga hati apabila ada ibubapa yang sampai ke tahap mencemuh ‘kekolotan’ aturan Islam melalui komen-komen liar.
Sukan memang baik untuk kesihatan, tetapi kita perlu kemaskan pendekatannya dengan menitikberatkan gaya hidup dan disiplin Islam jika mahu selamat. Banyak batasan dan had-had (hudud) tertentu yang perlu diterapkan.
Apa yang terpapar di gambar hiasan adalah antara yang kami tekankan apabila kegilaan kita terhadap sukan boleh memudaratkan anak-anak kita dalam banyak sudut.
Dahulu hanya acara balapan sahaja pelajar dan atlet wanita kita beraksi dengan ‘seluar dalam’ dan siglet ketat mereka. Sudah macam emak orang pun masih terkangkang-kangkang, terlompat-lompat sampai buah dada berbuai-buai menjadi tontonan lelaki.
Dahulu acara berbikini begini hanya diminati oleh wanita bukan Islam. Kini kita umat Islam sudah BORONG semua sekali.
Hari ini ibubapa tidak lagi memperdulikan gaya hidup dan aktiviti anak-anak baik lelaki mahupun yang perempuan. Kebebasan yang kita berikan kepada mereka telah menjadikan ramai sekali yang membentuk gaya hidup yang liar dan ganas. Lebih malang lagi kita berbangga dengan apa yang kita tanam. Kemudian kita menangis sewaktu menuai hasilnya.
Merujuk kepada isu sukan dan pendedahan aurat dari peringkat sekolah rendah dan tadika ini, ingin kami tarik perhatian ibubapa untuk meneliti banyaknya kes pedofilia (gejala gila seks orang dewasa terhadap kanak-kanak) dari berita-berita yang kami pautkan ini.
Biarlah kami dikatakan kolot kerana berkempen dan mengamalkan peraturan yang Allah tetapkan daripada membiarkan anak-anak jadi mangsa.
Sedarlah semua, Umat Islam sudah tenat. Semuga peringatan dan perkongsian ini mampu membuka mata dan menyedarkan kita.
WARGA PRIHATIN
http://prihatin.net.my/ blog/2014/02/05/ kisah-benar-yang-menggempar kan-jenayah-seksual-kanak- kanak-berleluasa/
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan