Khamis, 16 April 2015

Daripada Al-Habib Kadzim Bin Ja’afar As-seggaf. ~ Mencintai orang soleh

share dari link fb ~Raudhatul Muhibbin

Mencintai orang soleh; "Adalah termasuk didalam 'Fitnah', jika seseorang itu berpikir bahawa dia boleh memahami Al-Quran dan Sunnah tanpa bimbingan para ulama. Perlukan panduan ulama. Orang-orang soleh. Salah satu cara untuk mendidik diri kita akan bersemangat didalam mengerjakan ibadah kepada Allah سبحانه وتعالى yakni memandang wajah ulama'."

"Kata Imam Abdullah Alwi Al-Haddad; "Mencintai orang-orang soleh ini adalah sa’adah yakni kebahagiaan dunia dan akhirat. Awal darjat kesolehan seseorang itu adalah apabila mereka mencintai orang-orang soleh yang dahulu. Mencintai ulama. Orang yang tidak mencintai orang soleh maka ianya bukan daripada kalangan orang-orang yang soleh."

"Manusia yang paling buruk sekali adalah yang membenci orang-orang soleh. Apabila seseorang itu ingin menjadi soleh, dia perlulah mencintai orang yang soleh dan mencintai para sahabat Baginda Nabi ﷺ dan Ahlul Bait Baginda Nabi ﷺ. Inilah merupakan satu sifat daripada orang yang soleh."

"Apabila seseorang itu mencintai orang-orang yang soleh, para sahabat Baginda Nabi ﷺ dan Ahlul Bait Baginda Nabi ﷺ , ia akan menjadi penyebab untuk dirinya menjadi orang yang soleh. Tanda kedua orang soleh, adalah apabila mereka sentiasa menyebut dan berdoa kepada kedua ibu bapa mereka. Jika kedua ibu-bapa mereka sudah meninggal dunia, maka pohonlah keampunan kepada mereka."

"Sekiranya mereka masih hidup, maka berdoalah untuk kebaikan mereka. Sekiranya kita rajin berdoa kepada kedua ibu-bapa kita, InsyaAllah. Kita akan digolongkan dikalangan orang-orang soleh."

"Nabi ﷺ menyebutkan di dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim. Daripada Abu Hurairah Radhiyallahu’Anhu katanya Nabi ﷺ bersabda, “Apabila anak Adam(manusia) meninggal dunia maka terputuslah semua(pahala) amal perbuatannya kecuali 3 perkara iaitu;"

"Yang pertama adalah Sedekah jariah. Yang kedua, Ilmu yang bermanfaat. Yang ketiga, Anak soleh yang mendoakan kedua ibu bapanya. Tidak akan berdoa seseorang anak itu baik lelaki mahupun perempuan kepada kedua ibu-bapanya melainkan ianya adalah merupakan daripada anak yang soleh. Dan akan digolongkan bersama orang-orang yang soleh."

Daripada Al-Habib Kadzim Bin Ja’afar As-seggaf. 

blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan