Selasa, 21 April 2015

Kalam Tausiyah Habib Ali Zaenal Abidin al-Hamid

share dari link fb ~ Siti Aminah

"Kata Baginda SAW, orang kuat itu adalah orang yang mampu mengawal hawa nafsunya ketika marah dan orang yang memaafkan kepada orang lain.

Terkadang orang boleh tahan marah tapi dia tak memaafkan kepada orang itu. Tapi maaf, itu mencabut sifat marah dan dibuang. Maknanya takda simpan dalam. Ini bukan mudah, cakap saja mudah, teori memang mudah. Praktikal, kena kepada kita, tau macam mana nak buat."

(Habib Ali Zaenal Abidin al-Hamid)

Kisah seseorang yang dibuka hijab baunya. Beliau sentiasa muntah muntah dan meminta gurunya untuk menutup kashaf yang dimililki ini kerana sudah tidak tahan bau busuk dengan hatinya sendiri..

Al Imam Zarnuji pernah memberi nasihat yang cukup tajam bagi Penuntut Ilmu. Katanya, " Seorang pencari ilmu tidak sepatutnya memasang niat menuntut ilmu untuk mencari rezeki dan mencari jawatan atau gelaran. Tujuan utama menuntut ilmu adalah kerana Allah سبحانه وتعالى dan kerana menghilangkan kebodohan. "

Berapa ramai dizaman sekarang yang bersembunyi disebalik pakaian, tetapi menyimpan kebusukkan didalam hati " 

[ Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid ]
share dari link fb ~Siti Aminah

“Zaman sekarang, nasihat Rasulullah SAW tidak lagi didengar. Malah semua pesanan Rasulullah SAW diabaikan. Rasulullah SAW sendiri memesan kita untuk menjaga lidah dan tangan kita dari menyakiti umat Islam yang lain. Seseorang yang tidak menjaga lidahnya akan diazab dibahagian kepalanya dahulu kerana terdapat mulut yang mempunyai lidah disitu.

Sekiranya mendapatkan sesuatu isu atau masalah itu, hendaklah dirujuk dengan ahlinya. Tapi ramai umat Islam sendiri lebih mudah membawa cerita dan menaburkan fitnah dengan memuat naiknya di Facebook, menyebarnya di WhatsApp dan sebagainya. Setiap seorang dari kita pasti akan disoal dengan setiap perkara yang kita lakukan berseorangan didepan Allah SWT. Setiap anggota akan bertanggungjawab.”

(Al-Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid)

"Tugas anda adalah mengajak orang lain kepada kebaikan dan berusaha anda memperbaiki diri. Bukan dengan alasan belum dapat memperbaiki diri anda berhenti mengajak orang lain berbuat baik. Yang tak boleh dibuat semua, jangan ditinggal semua."
share dari link fb ~Siti Aminah
SATU KEMULIAAN

"Allah Swt memuliakan kita dengan diberi izin menjadi seorang penuntut ilmu. Tanda Allah suka pada seseorang hamba itu untuk jadikan hamba itu dalam kebaikkan adalah suka pada orang-orang yang baik, suka buat perkara baik, dan akan berasa rugi jika terlepas peluang untuk melakukan perkara yang baik."

"Jika amalannya lebih baik dari semalam, dia seorang yang beruntung. Jika amalannya sama sahaja setiap hari, dia seorang yang rugi. Semoga Allah swt menjadikan kita orang yang mendengar dan mengamalkan apa yang kita dengar.”

“Orang yang bertambah ilmunya pasti bertambah takutnya kepada Allah. Kalau dia tidak takut kepada Allah swt maka dia tidak berilmu.”

"Bila seseorang berada di dalam keadaan marah, benci dan sedih sehingga menyebabkan hilangnya rasa mahabbah di dalam dirinya, maka berundurlah dan menyepilah seketika daripada kecelaruan dunia untuk bersendirian dengan Allah swt bermunajat agar benih cinta di semai kembali."

Daripada Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan