Kalau puak-puak wahabi mendakwa mereka HANYA megikuti Al-Qur'an & As-Sunnah melalui slogan mereka. Mereka sebenarnya telah memomok & memperlekehkan Al-Qur'an & As-Sunnah itu sendiri.
Kita selaku orang awam yang bermanhaj ASWJ, berpegang teguh pada...
1) Al-Qur'an
2) Hadith (Sunnah)
3) Ijma' Ulama'
4) dan Qias
Kerana dalam Al-Qur'an itu sendiri jelas terakam ayat:
فَسۡـَٔلُوٓاْ أَهۡلَ ٱلذِّكۡرِ إِن كُنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ
"Bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui". (An-Nahl: 43)
Dan dalam Hadith juga Rasulullah SAW pernah bersabda:
الْعُلُمَاءُ وَرَثَةُاْلأَنْبِيَاءِ
“Sesungguhnya para Ulama' adalah pewaris para Nabi".
(Riwayat: AT-Tirmidzi, Imam Ahmad, Ad-Darimi, dan Abu Dawud)
إِنَّ الله لاَ يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعًا، يَنْتَزِعُهُ مِنَ الْعِبَادِ وَلكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقبْضِ الْعُلَمَاءِ حَتَّى إِذَا لَمْ يُبْقِ عَالِمًا، اتَّخَذَ النَّاسُ رُءُوسًا جُهَّالاً، فَسُئِلُوا، فَأَفْتَوْا بغَيْرِ عِلْمٍ، فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا
“Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu dengan mencabutnya dari hamba-hamba. Akan tetapi Dia mencabutnya dengan diwafatkannya para Ulama' sehingga jika Allah tidak menyisakan seorang alim pun, maka orang-orang akan mengangkat pemimpin dari kalangan orang-orang bodoh. Kemudian mereka ditanya, mereka pun berfatwa tanpa dasar ilmu. Mereka sesat dan menyesatkan”. (Hadith Riwayat: Imam Bukhari)
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan