Saya share dari link blog ~ http://tanamcili.com/2015/04/21/mengapa-lebah-kelulut-menjadi-teman-setia-cili/
Mengapa Lebah Kelulut Menjadi Teman Setia Cili
Pendebungaan oleh serangga dipanggil entomophily. Entomophily adalah satu bentuk pendebungaan tumbuhan di mana debunga ini disebarkan oleh serangga terutamanya lebah, Lepidoptera (contohnya rama-rama), lalat dan kumbang.
Berbanding dengan binatang lain, lebah memainkan peranan yang terpenting dalam pendebungaan tanaman tropika. Keberkesanan lebah bagi pendebungaan tanaman adalah disebabkan jumlah tenaga kerjanya yang sangat banyak dan sifatnya yang memerlukan bunga sebagai sumber makanan.
Lebah akan melakukan proses pendebungaan pada banyak spesies tumbuhan yang bukan dari kawasan asalnya. Ini kerana tugasnya adalah mengumpul debunga dan nectar yang ada pada bunga tumbuh-tumbuhan untuk diproses sebagai makanan.
Bagaimana Pendebungaan Boleh Berlaku?
Getaran yang dihasilkan daripada sayap lebah juga dapat memudahkan perpindahan debunga ke badan lebah. Badan lebah yang berbulu dan mempunyai struktur tertentu turut membantu untuk mengumpul debunga dari satu bunga dan dipindah ke bunga lain.
Proses perpindahan ini berlaku dengan apabila lebah kelulut hinggap dari satu bunga ke satu bunga. Dalam masa yang sama, lebah akan menyikap bagi tujuan untuk dikumpul dalam bakul debunga (pollen basket) yang jelas kelihatan di hujung kaki belakang lebah kelulut. Pada masa ini banyak debunga yang akan jatuh ke stamen bunga cili yang terletak di tengah-tengah bunga.
Lengkaplah proses pendebungaan tanpa memerlukan sentuhan manusia untuk menghasilkan pendebungaan yang sempurna.
Bagi tanaman cili merah, kebanyakan proses pendebungaan dilakukan oleh lebah seperti Stingless bees (Melipona spp.), Bumblebees, Solitary bees dan Hover flies.
Adakah Lebah Kelulut Ini Memberi Ancaman Kepada Manusia
Tidak. Ini kerana sifat lebah itu sendiri yang tidak mempunyai sengat. Di Malaysia, lebah kelulut semakin mendapat perhatian ramai.
Bahkan, ada sebahagian daripada penanam bunga di rumah sudah mula menternak lebah kelulut secara kecil-kecilan di bangsal rumah, sambil menanti masa menuai hasil madu yang dikumpul di sekitar laman rumah.
Paling penting adalah untuk anda mengenal pasti jenis lebah yang hinggap pada pokok cili atau pokok bunga yang anda tanam. Dikhuatiri tersesat pula lebah madu yang bersengat di kawasan tanaman anda.
Begitulah kisahnya mengapa lebah kelulut menjadi teman setia cilibangi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan