febret ramai.. teringat masa beraya kecik2
dulu, mesti ada agar2 kering nyum2
sekarang da bole buat sendiri.
#Bahan Bahannya :
* 50grm agar-agar Tali
* 400 g gula pasir
* 1 cwn gula batu
* 8 gelas air
* Perasa/pewarna mengikut selera masing2.
Cara-caranya :
Rebus agar-agar kering dengan air sehingga mendidih.Masukkan gula batu sebab gula batu lambat cair. Biar gula batu hancur
Masukkan gula pasir.Biar mendidih lagi.
Masukkan adunan kedalam loyang. Masukkan pewarna dan perasa mengikut selera masing-masing.
Setelah sejuk bolehlah dipotong. Jangan potong terlalu kecil sebab agar-agar mengecut selepas kering.Jemur agar-agar. Disini perlukan kesabaran ye. Sesekali balik2kan agar2 supaya kering sekata. Jemur sehingga agar-agar betul2 kering dan tidak melekat. Kalau cuaca panas elok 3-4 hari pun dah okey.
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan