SOTONG CELUP TEPUNG
Ingin Buat Duit Tambahan ??https://www.facebook.com/ IdamanHQ ( Rugi siapa tak tengok )
BAHAN-BAHAN:
4 ekor sotong | dipotong dan dibersihkan
200gm tepung naik sendiri
70gm tepung kastad
150gm tepung jagung
1 biji telur ayam
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN SOS COLEK:
200gm gula kabung
1 sudu makan asam jawa
3 sudu makan cili boh
500ml air
CARA MEMASAK:
1. Campurkan semua tepung bersama telur, garam dan juga gula. Gaul rata.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga boleh melekat pada sotong.
3. Panaskan minyak dan goreng sotong hingga kekuningan dan angkat.
4. Untuk sosnya pula, campurkan kesemua bahan dalam periuk dan didihkan hingga kuah menjadi sedikit pekat.
5. Angkat dan sedia dinikmati bersama sotong goreng tepung.
Sumber : Rasa/karangkraf
blog saya satu lagi boleh dilawati : http://sharmine205omarshahab.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan