FILET IKAN GORENG DENGAN LADA BENGGALA DALAM SOS LADA HITAM
Bahan-bahan A:
300g Filet ikan ( dipotong dadu )
3 keping Cili kering ( dipotong )
1 biji Bawang besar (dipotong dadu )
1 tangkai Daun bawang (dipotong )
5sm Halia ( dihiris )
1 - 2 sudu besar Minyak masak
Bahan-bahan B:
½ biji Lada benggala merah ( dipotong dadu )
6 keping Kacang pis hijau
25g Lobak merah ( dipotong beraneka bentuk )
Bahan-bahan C:
1 biji Telur
2 sudu besar Tepung jagung
1 sudu teh Tepung beras
Bahan-bahan D: (Bahan perap)
½ sudu teh Kicap cair
1/8 sudu teh Serbuk Lada Hitam
1/8 sudu teh Garam
Bahan-bahan E: (Perencah) – (Digaul)
1 sudu besar Serbuk Lada Hitam
¼ sudu teh Gula
1 sudu teh Sos tiram
125ml Air
Cara Menyediakan:
(1) Perap filet ikan dengan bahan-bahan (D). Sebelum goreng-celup, salut dengan telur yang telah dipukul dan tepung campuran (C).
(2) Goreng-celup dalam minyak panas hingga keemasan dan rangup.Angkat dan ketepikan.
(3) Panaskan minyak dan kacau-goreng halia, cili kering dan bawang besar sehingga naik bau.
(4) Tambah masuk bahan-bahan (B) dan perencah (E).
(5) Masukkan ikan goreng dan daun bawang. Toskan supaya menjadi sebati. Angkat dan hidang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan